Thursday, February 5, 2015

Muliakah?

Definisi mulia sebenarnya berbeza ikut manusia itu sendiri.

Agama:
"Weh, kau ni bagus la. Selalu pergi solat jemaah dekat masjid. Selalu pergi dengar ceramah. Selalu bangun tahajud. Kadang-kadang bagi tazkirah dekat Facebook. Tapi satu la kau slack. Kau suka ponteng kelas".

"Tak apa. Kelas tu duniawi je".

Pendidikan:
"Kau ni teruk! Penat aku hantar kau masuk universiti, bagi kau duit tiap bulan, tapi apa kau bagi dekat aku? Result hancur! Buang duit aku! Anak tak guna!"

"Minta maaf yah. Adik dah cuba buat terbaik. Tapi memang susah.."

Adab:
"Bagus kan anak Samdol tu. Jumpa orang senyum. Dia dengan orang tua pun sopan. Tak ada tunjuk dia hebat ke apa. Sejuk mata aku memandang".

"Tapi dia tu sekolah tak pandai".

Muzik:
"Gila babi style dia punya composer ni buat arrangement lagu. Bagi aku, dia punya muzik feel gila. Touch my heart dooo".

"Tapi composer dia tu kaki hisap dadah".

Penulis:
"Aku kagum gila dengan penulis buku ni. Dia pandai create watak. Aku baca cerita lain dia, watak yang dia create semua unik. Semua ada sifat tersendiri. Aku wonder macam mana sikap penulis ni".

"Eleh. Cerita fiksyen je pun. Itu pun nak kagum sangat".

Lagi? Boleh pembaca tambah?

No comments:

Post a Comment