Sunday, November 30, 2014

Tabligh

Abaddon suka pergi surau.

"Pahala kau berjemaah 27 kali ganda lagi tinggi darjatnya kau tahu? Dah la setiap langkah kau pergi masjid tu satu pahala. Siapa taknak woi?", kata Abaddon.

Setelah Abaddon masuk ke universiti barunya, Abaddon meneruskan aktiviti normalnya setiap waktu solat. Waktu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak. Subuh... er Abaddon sentiasa qadha'. Apa pasal entah tanya la Abaddon sendiri.

Azan Zohor berkumandang.

Abaddon terus berwudhuk. Menuju ke surau kecil berdekatan.

Di dalam surau, ada tiga, eh, tak, lima brothers. Grammar kena betul lima tu plural maka kena tulis lima brotherS instead of lima brother.

Tertinggal lagi dua sebab sorang duk menyorok balik tiang baca kitab.

Seorang lagi tengah sembahyang sunat.

Lima orang, satu persamaan. Jubah putih dan serban putih lilit-lilit kepala.

Abaddon solat sunat terlebih dahulu.

Habis solat sunat, Abaddon duduk. Tunggu iqamat.

"Kenapa lambat sangat diorang iqamat ni?", Abaddon bisik dalam hati. Tengok jam di telefon bimbit dah 10 minit berlalu.

Maka iqamat la.

Habis solat, Abaddon solat sunat. Usai solat sunat, seorang brother jubah putih serban putih tegur.

"Nama siapa? Minat tak nak keluar hujung minggu ini?"

Abaddon terkejut. Keluar? Keluar apakah?

"Keluar, kita buat kerja dakwah sikit".

Abaddon berminat. Abaddon setuju.

*Usai keluar bersama tabligh*

Abaddon tak selesa. Abaddon tidak rasa keluar itu seronok. Abaddon disuapkan dengan ilmu-ilmu yang Abaddon tidak tahu sebelum ini.

Brother jubah putih serban putih bertanya,
"Macam mana? Nak keluar lagi lepas ni? Nanti kita keluar la bersama-sama lagi".

Abaddon senyum pahit,
"Hehe. Nanti saya bagitahu ya kalau saya nak keluar bersama lagi".

Semenjak itu, apabila usai solat berjemaah di surau, Abaddon mesti ditanya brother jubah putih serban putih,
"Jom keluar lagi minggu ni?"

Abaddon rasa tidak selesa. Abaddon rasa cara brother-brother jubah putih serban putih ini tidak kena dengan dirinya.

Abaddon mengambil keputusan tukar ke surau lain yang berada di dalam universitinya.

Abaddon terkejut. Surau lain juga turut ada brother jubah putih serban putih. Abaddon abaikan.

Tapi, tiba-tiba Abaddon disapa selepas solat sunat,
"Assalamualaikum. Nama siapa? Minat tak nak keluar hujung minggu ni?"

Abaddon mula berfikir,
"Dah la selalu start solat jemaah lambat. Dia ingat masa aku ni apa? Lepas tu duk bug aku jom ikut keluar jom ikut keluar. Rimas la shial".


Semenjak itu Abaddon buat keputusan Abaddon hendak solat bersendirian di dalam biliknya sahaja.

Thursday, November 27, 2014

Boikot

Aku tak tahu la rakyat Malaysia ni sedar ke tak.

Time Palestin kena serang, mula boikot itu ini produk Israel.

After diorang stop serang, beli balik produk Israel.

3 bulan boikot,  Then beberapa tahun support balik.

Mana la diorang tak mampu beli barang nak buat senjata bagai.

Kononnya diorang dah berhenti serang, diorang takkan serang lagi?


Ada otak guna la.

Thursday, November 20, 2014

A Wallflower

Io perhatikan sahaja tingkah laku classmate dia.

Io perhatikan juga tingkah laku guru-gurunya.

Sudah tentulah Io perhatikan juga tingkah laku rakan dormnya.

Ketika mana rakan dormnya, Rubick tertidur sambil tangan memegang handphone, Io akan menyorokkan handphone tersebut ke bawah bantal rakannya itu.

Bila mana Io melihat rakan asramanya hisap rokok di dalam tandas, Io buat tak tahu. Apabila warden ingin berjalan ke arah tandas tersebut, Io terus menyapa,
"Assalamualaikum cikgu!" secara kuat-kuat. Tanda amaran kepada rakan asramanya untuk berlari keluar tandas secepat mungkin.

Bila mana rakan asramanya tertinggal komik di dalam bilik prep, Io akan ambil dan letakkan komik tersebut ke dalam rak buku rakannya itu.

Io tahu Cikgu Lich gatal. Suka perhatikan anak gadis bersukan. Kononnya syok lihat 'boink boink'. Maka Io selalu bertanya soalan Matematik Tambahan kepada Cikgu Lich ketika waktu Pendidikan Jasmani sebab Cikgu Lich juga merupakan cikgu Matematik Tambahan disamping mengajar Pendidikan Jasmani kelas mereka. Kononnya Io nak lindungi anak gadis dalam kelasnya.

"Apa benda la Io tu. Time PJ ni main ah. Sibuk nak belajar", kata Barathrum.
"Alah Io tu pun bukan pandai main. Buat semak je", kata Rubick.

Ada satu masa Io saja balik lambat dari sekolah ke asrama sebab bertanyakan soalan kepada gurunya, Io ternampak akan Jakiro bersama Rikimaru kena denda dengan guru kelas mereka. Mereka tidak dibenarkan pulang selagi mana kerja mereka tak siap. Itu apa yang Io tafsirkan daripada gambaran luar kelas mereka berdua apabila ada Cikgu Medusa depan mereka menunggu mereka.

Io pergi ke dewan makan untuk lunch. Tapi lauk ayam tinggal 2 ketul.

". . . . . . ."
"Harini saya diet kak. Saya makan sayur je".
"Nasib baik sayur ni masak gulai taucu. Boleh la jugak aku menelenanya", bisik Io dalam hati.

Io makan di satu sudut, Jakiro dengan Rikimaru masuk ke dewan makan.

"Weh! Tinggal 2 ayam je do! Dah la kecik ayam ni!", Jakiro merungut.

Io senyum je tengok dua ekor mangkuk tu ambil lauk.

Ada satu masa itu lagi, ketika mana Io sedang buat ulangkaji di dalam bilik prep berseorangan. Tapi diteman oleh rakan-rakan asramanya di meja yang berlainan.

Dum dum dum dum dum.

Blok asrama perempuan sebelah sedang ada jamuan asrama. Bising.

"Sial la. Bising gila", kata Skywrath, kawan yang ada dalam bilik itu.

"Kau tengok, Cikgu Lich siap joget-joget dengan budak perempuan tu", kata Rubick dekat Skywrath.

Io perhatikan mereka berdua.

Io bangun, keluar bilik prep, pandang ke blok perempuan.

Iya Cikgu Lich tengah menari-nari bersama anak-anak gadis sekolahnya. Jadah Cikgu Lich ni..? Tengok jam. 11:43 PM.

Io mengeluh...

Io berjalan ke surau sekolah. Sudah tentu senyap-senyap. Jangan ada orang nampak.

Sampai ke surau. Jangan buka lampu. Io keluarkan telefon bimbitnya, nyalakan lampu picit di handphonenya. Berjalan ke bilik bilal.

On PA system. Carik butang play dekat player dalam bilik bilal.

Tarik nafas....

Tekan.

". . . . . . ."

"Astaghfirullahal azim... Allazi la ilaha illa... huwal haiyul qaiyum, waatubu ilaik..."

Zikir Ustaz Zulkarnain yang dipasang setiap petang sebelum Maghrib berkumandang. Satu asrama dengar.

Tutup PA. Tutup pintu bilik bilal. Cabut keluar!

Io nampak ada kelibat orang datang menuju ke surau. Io terus menyorok dalam semak.

Sudah tentulah, Invoker, pengerusi surau tersebut turun untuk melihat siapakah gerangannya yang nakal main PA system tengah malam buta ni.

Jantung Io berdegup-degup. Bila Invoker berlalu, cepat-cepat Io keluar dari semak dan berjalan seperti biasa. Kalau lari obvious sangat dia yang buat. Dah la ramai orang tengok dari luar dorm. Buat la ala-ala dia cuma pejalan kaki.

Peristiwa itu menjadi misteri kepada seisi asrama.

"Tu la korang. Tengah malam pasang lagu dangdut. Punya la terkinja-kinja aku tengok Cikgu Lich joget semalam. Kan Allah bagi direct terus", kata Rubick kepada rakan perempuan mereka.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Io mati kemalangan ketika pulang ke kampung halaman. Tak sempat menduduk SPM.

"Io, siapa Io? Sekolah kita ada budak nama Io ke?", kata Jakiro.

"Budak tu meninggal pun, ada siapa kisah ke? Parent dia je la kut", kata Rubick.


"Hmm.. Meninggal budak tu.. Hmm.. At least tak ada la orang kacau aku cuci mata lagi lepas ni. Dah la Enchantress dalam kelas dia tu nenen besar", kata Cikgu Lich.

Tuesday, November 18, 2014

Anime (AMARAN: 18SG)

Pada hujung minggu, Bristleback biasanya tengok anime.

















.
.
.
.










Selepas beberapa jam...



Esok harinya..









Sunday, November 16, 2014

Dilema Pelajar

Balanar tahu, yang meniru dalam exam tu salah. Salah dari segi duniawi mahupun segi akhiri.

Dia duk tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus pun, Ustaz Azhar kata tergolong dalam penipuan. Dan hukum menipu tetap haram.

Balanar garu kepala. Semenjak zaman SPM, dia dah pegang prinsip taknak meniru. Kononnya biarlah legend. Kononnya biarlah result bodoh, janji tak menipu semua orang.

Bila Balanar dah masuk universiti. Orang sekeliling dia hampir semua meniru dalam peperiksaan.

Balanar rasa tak puas hati. Sebab dia belajar sungguh-sungguh. Namun result periksa dia lebih teruk daripada rakannya, yang meniru dalam peperiksaan.

Balanar pujuk hati,
"Cool. Biar bodoh. Daripada berjaya dengan meniru dan tipu semua orang, tipu mak bapak".

Tup. Biasiswa Balanar kena tarik. Sebab makin lama dia makin bodoh.

Balanar tengok kawannya Warlock.

Pointer Warlock rendah. Tapi Warlock pun ada biasiswa. Warlock risau resultnya. Warlock terus meniru dalam semua peperiksaan. Tiada satu peperiksaan pun Warlock tak bawak toyol. Sudah tentuk Warlock selamat daripada biasiswanya ditarik malah sentiasa berjoli setiap hujung minggu.

Balanar perhatikan Warlock dan berfikir,
"Maybe aku pun patut meniru untuk mengelakkan daripada kena maki hamun mak bapak, daripada biasiswa kena tarik. Tapi biasiswa aku dah kena tarik dah pun".

Kawannya yang bernama Axe pun selalu kata,
"Eleh. Kau ingat time kerja nanti kau guna ke benda-benda kau belajar ni? Tak guna langsung kut. Majikan pun tengok pointer kau je. Tak tanya pun kau meniru ke dalam exam".

Maka mulai saat itu Balanar pun meniru dalam setiap peperiksaan. Balanar kata,

"Ini la maksudnya tipu sunat kut".

Kembali

URL lama dah kena cilok. Dengan siapa entah aku pun tak tahu.