Friday, March 6, 2015

Long life.

Sebenarnya, nak hidup lama ni, kena happy dalam hidup.

Kalau nak hidup lama la.

Dapat advice ni dari seorang orang tua berusia 85 tahun.

Kalau nak makan apa-apa, makan.

Kalau nak buat apa-apa, buat. Tapi ingat la batas.

Yang penting, kamu kena rasa seronok dalam hidup kamu.

Kamu rasa seronok, insyaAllah umur kamu panjang.


Sebab tu la ada iman kut.

Iman ni aku rasa salah satu function dia untuk hilangkan kesedihan.

Hrm...

Friday, February 27, 2015

Ironi betul perihal kahwin muda.

First,
Ironi sebab mak bapak sekarang tak kasi anak diorang kahwin awal, yakni umur 21, 22, sibuk nak kahwin. Kata gatal la, sibuk la.
Padahal diorang dulu kahwin pada usia yang sama. Boleh kita panggil diorang gatal jugak la kan? Like,
"Ibuku yang gatal, ibu masak apa ya tengah hari ni?".
"Ayahku yang gatal, ayah sihat tak?", cakap melalui telefon.

Kedua,
Kita nak makan sendiri pun masih pakai duit mak ayah. Dah la nak makan benda sedap je. Hari hari nak ayam, nak daging.
Telur tak main ah. Tak sedap!
Tapi ada hati nak sara anak orang.
Nanti tak campur bil kereta, bil rumah, bil internet, bil telefon, bil pakaian bini, anak anak.
Dan ini lead kepada yang ketiga.

Ketiga,
Hilang iman kepada Allah.
"Eh macam mana kalau duit tak cukup eh? Banyak benda nak kena uruskan".
"Sebab tu aku kata, kahwin muda susah".
Padahal dalam Quran dah sebut cepatkan urusan perkahwinan anak perempuan. Ada pulak tu cerita kahwin ni bukak pintu rezeki. Takkan kau nak kata,
"Eh tu Quran kata. Ni realiti. Realiti lain!"
Kalau kau kata macam tu, aku rasa jatuh hukum munafiq.
Munafiq = Luar tunjuk Islam, solat, puasa bagai. Tapi dalam hati tak percaya kata kata Allah, kewujudan Allah, rezeki Allah.
Dah jangan teruskan menaip perihal Islamis. Nanti digelar keyboard warrior.

Keempat,
Mula la kawan kawan bujang single kata,
"Alaa. Rilek ah. Kau muda lagi. Enjoy la dulu. Main main perempuan dulu ke".
Lepas tu golongan macam ni sampai ke umur 30,
"Weh, kau tolong adjustkan satu untuk aku".
Kira ironi la tu kan.

Kelima,
"Tu laa. Dulu kau kecoh kata aku nak kahwin muda. Sekarang kau terhegeh hegeh mintak member adjust. Mintak mak bapak kau la. Orang kata cinta lepas kahwin ni sweeeeeeet. Ingat ni, jodoh, tak ke mana la. Ada je jodoh kau tu. Cuma, cepat atau lambat".
Point dia, yang dah kahwin muda pulak action, mentang mentang kahwin awal.

Keenam,
"Ibu, tak payah la adat dulang dulang bagai ni.. Susah la. Bazir pulak tu.."
"Aish. Kenapa cakap macam tu. Awak tu dah la terkinja kinja nak kahwin cepat. Sampai nangis nangis. Lepas tu nak buang adat. Apa pulak orang kampung tu kata nanti. Mesti anak diorang dah menggatal nak naik atas katil."
"Tapi, family diorang pun taknak ikut adat ni.. Nak senangkan urusan.."
"Dah awak jangan cakap macam tu. Ikut je cakap ibu".
"Ibu..."
Mengeluh.
Kita kisah gila mulut orang kata apa walhal kita nak buat benda baik. Menghalalkan hubungan, elak zina, itu adalah benda jahat eh sekarang? Ironi.

Ketujuh.. dah habis idea.

Tuesday, February 17, 2015

Email

I wrote to her email.

But doesn't she open her email...?

I thought she's always opening her email due to her business..?

*Garu kepala*

To myself, please be calm.

Sunday, February 15, 2015

Pandang Rendah

“Salam Ahmed, kau busy tak? Nak ajak borak sikit la”.

“Waalaikumsalam. Roy! Lama tak borak. Tak busy pun. Kau nak borak apa ni?”

“Hm. Camni Ahmed, macam mana ya, nak tanam rasa rendah diri? Aku kerja part time. Dekat pasar raya Tesco. Then aku selalu encounter staff lama. Perangai staff lama ni, entah la. Aku rasa diorang macam kerek sikit. Nyampah lak aku. Then, aku selalu rasa macam, ‘Eh. Engkau tu dah la belajar takat SPM je. UPU mohon banyak kali pun tak dapat-dapat’.

“Hmmm…”

“Kan obvious pemikiran macam tu tak bagus. Camne ah nak buang perasaan pandang rendah kat orang macam tu? Ye ah. Kalau kita belajar tinggi pun, mana leh pandang orang lain macam tu ye dak? Lagipun bukan ke kita kena pandang baik dekat orang even dia teruk macam mana pun?”

“Betul tu. Fikiran camtu sebab keadaan sekitar kita jugak. Camne boleh jadi centu? Cer kau fikir balik Roy”.

“Hmm.. Sebab maybe kita dah ditanam dari dulu pemikiran ‘belajar tinggi bagus, belajar tak pandai tak bagus’ kut?”

“Tu dah biasa aku dengar”.

“Lagi satu Ahmed, aku kadang-kadang rasa macam, ‘Eleh, korang ni dah la tak solat, rasa diri lagi bagus lak’. Tu pun terjadi sebab staff staff sini diorang memang tak solat Ahmed. Bahaya kan pemikiran camni Ahmed. Susah do nak buang perasaan tu”.

“Hm.. Macam ni Roy. Bila kau layan fikiran macam tu, tu lagi bahaya. Fikiran macam tu sebenarnya biasa la jadi. Even aku pun kadang-kadang terfikir benda macam tu”.

“Hmm. Tapi kan Ahmed, co-worker aku yang berpendidikan pun banyak macam tu. Kadang diorang rasa megah sikit sebab diorang belajar sampai degree. Kadang-kadang kitorang siap kutuk lagi golongan-golongan lain ni”.

“Tu la Roy. Kau jangan lupa, setan tak pernah berehat bro. Soalnya, kita jangan rasa kita je bagus/betul/terbaik. Kalau kau sentuh bab solat tadi kan. Boleh je jadi kita jaga solat then kita masuk neraka jugak”.

“Hm.. Betul gak apa kau cakap ni Ahmed”.

“Pada pendapat aku la kan Roy, kita semua jadi fikiran macam tu sebab kita selalu dengan orang yang pandai-pandai je. Cuba kau, kenal dengan orang yang tak seberapa pandai, tapi dia baik akhlak dengan amalan. Mungkin kau akan rasa sesuatu”.

“Hmm. Nak jumpa orang macam kau cakap tu yang susah sebenarnya Ahmed. Bukan tak ada. Tapi rare kut”.

“Haha. Aku faham Roy. Tapi kau kena yakin, orang tu ada. Kalau tak ada, kau ada kan”.

“Haih. Tapi staff tempat aku ni…”

“Yang tu kau tak payah layan sangat Roy. Yang penting, kita tunjuk akhlak yang baik. InsyaAllah, diorang dapat sesuatu dari tindakan kau. Akhlak buruk bukan balasnya akhlak buruk. Kalau macam tu, lagi meletup. Kalau akhlak buruk, balas dengan akhlak yang baik. Tu yang terbaik. Wallahualam”.

“Hmm… Thanks Ahmed. Betul cakap kau. Maybe aku ni lama sangat khayal dalam dunia aku. Sampai lupa diri”.

“Haha. Biasa la tu. Roy roy, aku rasa bagus la mak bapak kau bagi nama kau. Even kau pun tengah cuba praktikkan nama kau tu”.

“Heh. Tapi nama tu la orang suka ejek aku dulu. Pelik la. Tak ikut zaman la”.

“Tapi maksud nama kau buat orang berfikir, kan Husnuzzhon?”


“Haha peliknya kau panggil aku dengan nama betul aku tu. Panggil je Roy Ahmed…”

Thursday, February 5, 2015

Feedly

Feedly ni satu laman web, juga apps yang bagus.

Korang boleh log in pakai Google account, atau Facebook account, atau Twitter account, atau Evernote account, atau maybe ada account lain tapi aku tak pasti.

Apps ni bagi feeds kepada laman web yang korang subscribe.

For example, korang boleh amik link blog ni, then paste dekat Feedly. Then setiap kali aku update, Feedly akan bagitahu yang korang tak baca lagi post yang ni.

Boleh jugak korang subscribe laman web lain. Macam laman web scholarship ke, laman web gaming ke, anime ke.

Muliakah?

Definisi mulia sebenarnya berbeza ikut manusia itu sendiri.

Agama:
"Weh, kau ni bagus la. Selalu pergi solat jemaah dekat masjid. Selalu pergi dengar ceramah. Selalu bangun tahajud. Kadang-kadang bagi tazkirah dekat Facebook. Tapi satu la kau slack. Kau suka ponteng kelas".

"Tak apa. Kelas tu duniawi je".

Pendidikan:
"Kau ni teruk! Penat aku hantar kau masuk universiti, bagi kau duit tiap bulan, tapi apa kau bagi dekat aku? Result hancur! Buang duit aku! Anak tak guna!"

"Minta maaf yah. Adik dah cuba buat terbaik. Tapi memang susah.."

Adab:
"Bagus kan anak Samdol tu. Jumpa orang senyum. Dia dengan orang tua pun sopan. Tak ada tunjuk dia hebat ke apa. Sejuk mata aku memandang".

"Tapi dia tu sekolah tak pandai".

Muzik:
"Gila babi style dia punya composer ni buat arrangement lagu. Bagi aku, dia punya muzik feel gila. Touch my heart dooo".

"Tapi composer dia tu kaki hisap dadah".

Penulis:
"Aku kagum gila dengan penulis buku ni. Dia pandai create watak. Aku baca cerita lain dia, watak yang dia create semua unik. Semua ada sifat tersendiri. Aku wonder macam mana sikap penulis ni".

"Eleh. Cerita fiksyen je pun. Itu pun nak kagum sangat".

Lagi? Boleh pembaca tambah?

Friday, January 30, 2015

What should I address you?

James merupakan seorang anak Melayu yang berusia 19 tahun.

James menyertai sebuah program yang dirangka oleh persatuan kelabnya di universitinya.

James dilantik menjadi fasilitator.

James dipasangkan dengan seorang wanita berusia 21 tahun. Namanya Lucy. Oh, Lucy pun merupakan seorang gadis Melayu yang sungguh ayu.

Jangan pelik kenapa kaum Melayu, tapi nama mat saleh. Sebab, aku just rasa ini adalah penyeri sebuah blog. Kemerapuan yang mencuit hati pembaca.

Well, James tak pernah kenal Lucy. Lucy pun tak pernah kenal James. Mereka baru berkenalan melalui program yang dirangka oleh persatuan yang both of them joined.

"Er, saya James", James bersapa dengan Lucy.

"Oh, akak Lucy", balas Lucy.

James mengeluh. James selalu menghadapi masalah ini. James rasa janggal menggunakan kata nama lain selain daripada 'aku kau' secara hakikatnya. Dan dia merasakan lebih janggal memanggil orang lain 'kakak' mahupun 'abang'.

Pada perspective Lucy pula.

"Aku patut bahasakan diri aku apa ya? Ni junior ni. Hmm. Saya? Kakak? Ke aku kau je?", bisik hati Lucy bila dipairkan dengan James, seorang jejaka comel yang tidak dikenalinya.

Lalu apabila program berlangsung, James pun dengan kekoknya menggunakan 'saya akak' bersama Lucy.

Dan Lucy pun sekali sekala tersasul guna 'aku kau' dengan James.

James pun kadang-kadang dah confuse.

"Eh, aku patut guna aku kau je ke saya kakak ni", bisik James di dalam hatinya.

Maka mereka mengharungi program dengan keadaan penuh kejanggalan.

While at the other side of the world.

James is a 19 years old young man. Lucy is a 21 years old young woman. They both live in America.

"Hi, my name is James. Nice to meet you", James greets Lucy while offering a handshake.

"Hey. I'm Lucy, Nice to meet you too", Lucy smiles to James while handshaking him.

"So you are the new kid? Welcome to the club!", Lucy try to make a conversation with James.

"Yeah. I'm new. And I'm kinda nervous. This is actually my first program. Could you advice me something?"


Ah. Senangnya communication cara English. I you I you je. Tak ada pun diorang nak panggil Sister Lucy ke apa.