Friday, March 6, 2015
Long life.
Kalau nak hidup lama la.
Dapat advice ni dari seorang orang tua berusia 85 tahun.
Kalau nak makan apa-apa, makan.
Kalau nak buat apa-apa, buat. Tapi ingat la batas.
Yang penting, kamu kena rasa seronok dalam hidup kamu.
Kamu rasa seronok, insyaAllah umur kamu panjang.
Sebab tu la ada iman kut.
Iman ni aku rasa salah satu function dia untuk hilangkan kesedihan.
Hrm...
Friday, February 27, 2015
Ironi betul perihal kahwin muda.
First,
Ironi sebab mak bapak sekarang tak kasi anak diorang kahwin awal, yakni umur 21, 22, sibuk nak kahwin. Kata gatal la, sibuk la.
Padahal diorang dulu kahwin pada usia yang sama. Boleh kita panggil diorang gatal jugak la kan? Like,
"Ibuku yang gatal, ibu masak apa ya tengah hari ni?".
"Ayahku yang gatal, ayah sihat tak?", cakap melalui telefon.
Kedua,
Kita nak makan sendiri pun masih pakai duit mak ayah. Dah la nak makan benda sedap je. Hari hari nak ayam, nak daging.
Telur tak main ah. Tak sedap!
Tapi ada hati nak sara anak orang.
Nanti tak campur bil kereta, bil rumah, bil internet, bil telefon, bil pakaian bini, anak anak.
Dan ini lead kepada yang ketiga.
Ketiga,
Hilang iman kepada Allah.
"Eh macam mana kalau duit tak cukup eh? Banyak benda nak kena uruskan".
"Sebab tu aku kata, kahwin muda susah".
Padahal dalam Quran dah sebut cepatkan urusan perkahwinan anak perempuan. Ada pulak tu cerita kahwin ni bukak pintu rezeki. Takkan kau nak kata,
"Eh tu Quran kata. Ni realiti. Realiti lain!"
Kalau kau kata macam tu, aku rasa jatuh hukum munafiq.
Munafiq = Luar tunjuk Islam, solat, puasa bagai. Tapi dalam hati tak percaya kata kata Allah, kewujudan Allah, rezeki Allah.
Dah jangan teruskan menaip perihal Islamis. Nanti digelar keyboard warrior.
Keempat,
Mula la kawan kawan bujang single kata,
"Alaa. Rilek ah. Kau muda lagi. Enjoy la dulu. Main main perempuan dulu ke".
Lepas tu golongan macam ni sampai ke umur 30,
"Weh, kau tolong adjustkan satu untuk aku".
Kira ironi la tu kan.
Kelima,
"Tu laa. Dulu kau kecoh kata aku nak kahwin muda. Sekarang kau terhegeh hegeh mintak member adjust. Mintak mak bapak kau la. Orang kata cinta lepas kahwin ni sweeeeeeet. Ingat ni, jodoh, tak ke mana la. Ada je jodoh kau tu. Cuma, cepat atau lambat".
Point dia, yang dah kahwin muda pulak action, mentang mentang kahwin awal.
Keenam,
"Ibu, tak payah la adat dulang dulang bagai ni.. Susah la. Bazir pulak tu.."
"Aish. Kenapa cakap macam tu. Awak tu dah la terkinja kinja nak kahwin cepat. Sampai nangis nangis. Lepas tu nak buang adat. Apa pulak orang kampung tu kata nanti. Mesti anak diorang dah menggatal nak naik atas katil."
"Tapi, family diorang pun taknak ikut adat ni.. Nak senangkan urusan.."
"Dah awak jangan cakap macam tu. Ikut je cakap ibu".
"Ibu..."
Mengeluh.
Kita kisah gila mulut orang kata apa walhal kita nak buat benda baik. Menghalalkan hubungan, elak zina, itu adalah benda jahat eh sekarang? Ironi.
Ketujuh.. dah habis idea.
Tuesday, February 17, 2015
I wrote to her email.
But doesn't she open her email...?
I thought she's always opening her email due to her business..?
*Garu kepala*
To myself, please be calm.
Sunday, February 15, 2015
Pandang Rendah
Thursday, February 5, 2015
Feedly
Korang boleh log in pakai Google account, atau Facebook account, atau Twitter account, atau Evernote account, atau maybe ada account lain tapi aku tak pasti.
Apps ni bagi feeds kepada laman web yang korang subscribe.
For example, korang boleh amik link blog ni, then paste dekat Feedly. Then setiap kali aku update, Feedly akan bagitahu yang korang tak baca lagi post yang ni.
Boleh jugak korang subscribe laman web lain. Macam laman web scholarship ke, laman web gaming ke, anime ke.
Muliakah?
Agama:
"Weh, kau ni bagus la. Selalu pergi solat jemaah dekat masjid. Selalu pergi dengar ceramah. Selalu bangun tahajud. Kadang-kadang bagi tazkirah dekat Facebook. Tapi satu la kau slack. Kau suka ponteng kelas".
"Tak apa. Kelas tu duniawi je".
Pendidikan:
"Kau ni teruk! Penat aku hantar kau masuk universiti, bagi kau duit tiap bulan, tapi apa kau bagi dekat aku? Result hancur! Buang duit aku! Anak tak guna!"
"Minta maaf yah. Adik dah cuba buat terbaik. Tapi memang susah.."
Adab:
"Bagus kan anak Samdol tu. Jumpa orang senyum. Dia dengan orang tua pun sopan. Tak ada tunjuk dia hebat ke apa. Sejuk mata aku memandang".
"Tapi dia tu sekolah tak pandai".
Muzik:
"Gila babi style dia punya composer ni buat arrangement lagu. Bagi aku, dia punya muzik feel gila. Touch my heart dooo".
"Tapi composer dia tu kaki hisap dadah".
Penulis:
"Aku kagum gila dengan penulis buku ni. Dia pandai create watak. Aku baca cerita lain dia, watak yang dia create semua unik. Semua ada sifat tersendiri. Aku wonder macam mana sikap penulis ni".
"Eleh. Cerita fiksyen je pun. Itu pun nak kagum sangat".
Lagi? Boleh pembaca tambah?
Friday, January 30, 2015
What should I address you?
James menyertai sebuah program yang dirangka oleh persatuan kelabnya di universitinya.
James dilantik menjadi fasilitator.
James dipasangkan dengan seorang wanita berusia 21 tahun. Namanya Lucy. Oh, Lucy pun merupakan seorang gadis Melayu yang sungguh ayu.
Jangan pelik kenapa kaum Melayu, tapi nama mat saleh. Sebab, aku just rasa ini adalah penyeri sebuah blog. Kemerapuan yang mencuit hati pembaca.
Well, James tak pernah kenal Lucy. Lucy pun tak pernah kenal James. Mereka baru berkenalan melalui program yang dirangka oleh persatuan yang both of them joined.
"Er, saya James", James bersapa dengan Lucy.
"Oh, akak Lucy", balas Lucy.
James mengeluh. James selalu menghadapi masalah ini. James rasa janggal menggunakan kata nama lain selain daripada 'aku kau' secara hakikatnya. Dan dia merasakan lebih janggal memanggil orang lain 'kakak' mahupun 'abang'.
Pada perspective Lucy pula.
"Aku patut bahasakan diri aku apa ya? Ni junior ni. Hmm. Saya? Kakak? Ke aku kau je?", bisik hati Lucy bila dipairkan dengan James, seorang jejaka comel yang tidak dikenalinya.
Lalu apabila program berlangsung, James pun dengan kekoknya menggunakan 'saya akak' bersama Lucy.
Dan Lucy pun sekali sekala tersasul guna 'aku kau' dengan James.
James pun kadang-kadang dah confuse.
"Eh, aku patut guna aku kau je ke saya kakak ni", bisik James di dalam hatinya.
Maka mereka mengharungi program dengan keadaan penuh kejanggalan.
While at the other side of the world.
James is a 19 years old young man. Lucy is a 21 years old young woman. They both live in America.
"Hi, my name is James. Nice to meet you", James greets Lucy while offering a handshake.
"Hey. I'm Lucy, Nice to meet you too", Lucy smiles to James while handshaking him.
"So you are the new kid? Welcome to the club!", Lucy try to make a conversation with James.
"Yeah. I'm new. And I'm kinda nervous. This is actually my first program. Could you advice me something?"
Ah. Senangnya communication cara English. I you I you je. Tak ada pun diorang nak panggil Sister Lucy ke apa.
New Words
Zeal = full enthusiasm on achieving objective(s)
Oblivious = unaware of what's happening in their surrounding.
Tuesday, January 27, 2015
Thursday, January 22, 2015
Kpop memeluk dan dipeluk.
"Hoi, masih duk ulang tayang video tu?", Huskar menegur Void.
"Hmm..."
"Hm. Apa yang kau cuba carik dekat video tu Void? Cuba cerita sikit", bentak Huskar.
"Hmm.. Doesn't this issue disturb you?", asked Void.
"Wah cakap mat saleh", Huskar mengusik Void.
"Haih. Okay. Kau tak rasa isu ni agak, er, disturbing?", tanya Void kepada Huskar.
"Ya mestilah. Bodoh gila awek tu bagi orang Korea tu peluk diorang"
"Tak. Diorang tak bagi peluk", jawab Void.
"Eh?", Huskar kepelikan.
"Itu yang aku cuba carik. Innocence, ke-tidak bersalah-an budak-budak perempuan tu", Void jawab.
"Pulak dah?", Huskar tambah pelik.
"Tapi masalahnya budak-budak perempuan ni yang peluk sendiri. At first aku tengok, diorang macam resist. Kau usha kaki budak-budak perempuan tu. Menggigil", Void cuba carik scene kaki perempuan nampak bergetar dalam video.
"Then kau tengok. Lepas artis ni tiba-tiba peluk those girls, those girls peluk balik!", Void sambung.
"Hm..", Huskar tak tahu nak komen apa. Bukan Huskar tak tahu. Void ni memang selalu bajet ala-ala CSI sikit. Selalu cakap benda macam serius macam dalam filem-filem epik.
"Aku, aku tak dapat nak carik bukti those girls tak bersalah", Void sambung. Suara jelas kecewa.
Huskar terus diam membisu.
"Bukan apa. Aku sick la. Aku, even menyampah dengan Kpop ni, I don't think those words dari blogger, penceramah itu betul. Like, perempuan tu bodoh. Tak jaga maruah Islam. Jatuhkan imej wanita Islam. Then tiba-tiba ada konspirasi pasal ni semua plan diorang, Nak sesatkan umat Islam. Like, out of the blue. Nonsense gila. Apa motif orang Korea nak jatuhkan Islam? Apa dendam orang Korea dengan Islam? Kalau kau nak kata Yahudi nak jatuhkan Islam tu, tu logik ah. Tapi Korea..? What..? Zaman sekarang ni memang hiburan is number one do. Diorang cuma suka hiburan. Dan aku tak rasa la diorang lahirkan artis-artis for the sake of jatuhkan Islam. Diorang lahirkan artis sebab diorang memang suka hiburan! At first those artist pun memang suka menyanyi. That's it. Tiba-tiba kata diorang nak jatuhkan Islam..? Eh? Ada buat interview ke dengan diorang? Confirm artis Korea dihasilkan untuk menjatuhkan umat Islam? Aku rasa macam, what the fuck? Tiba-tiba je..? Tuduhan tak berasas. Konspirasi semata-mata. Sekali lagi, aku tak suka pun Kpop. Tapi, entah. Kau tak rasa...", Void cuba carik perkataan yang sesuai.
". . . . .", Huskar masih diam membisu, dan pandang ke Void yang tengah termenung ke dinding untuk carik perkataan.
"... macam umat Islam sekarang terlampau berburuk sangka..? Kau tak rasa, kalau la orang Korea tahu orang Islam tiba-tiba buat tuduhan tak berasas, diorang akan pandang slack dekat umat Islam..?", Void bertanya kepada Huskar. Tapi Void tahu Huskar takkan menjawab soalan tu.
"Ya aku setuju yang kita umat Islam kena jaga perempuan. Tapi, aku tak rasa artis Korea tu faham. Sebab diorang bukan orang Islam. Sebab tu selamba badak je diorang touch budak-budak perempuan tu. Dan budak-budak perempuan tu pun bahalul sangat. Tapi entah, aku rasa kalau dah fanatik, kau takkan sedar pun apa benda yang kau buat tu salah. So, nak salahkan artis Korea, macam tak kena. Nak salahkan budak-budak perempuan..? Hmmm... Siapa yang patut kita salahkan sebenarnya..?", Void sambung membebel.
Huskar bangun dari katil dia. Lalu mengambil novel karangan Hlovate yang ada dekat atas meja dia.
Void terdiam dan termenung.
"Void. kau fikir banyak sangat ni", komen Huskar.
"Hm.."
Void menjelingkan mata ke tepi sambil membuat duckface sertas menghela nafas.
"Huh~ Ye kut~ Kau nak baca novel ke? Baru nak ajak main Dota", Void decide untuk berhenti membebel.