Tuesday, December 23, 2014

Dia Yang Meninggalkan dan Ditinggalkan

Ari duduk dekat gerai ramen (Mee Jepun). Baru habis makan ramen. Hirup sake (arak Jepun).

Tengok handphone pintar di tangan. Gambar seisi keluarga di skrin handphone. Slide skrin. Kelihatan gambar seorang wanita bertudung.

“Oi Ari, kau rindu lagi kehidupan lama kau?”, tanya Ryugamine yang meneman Ari makan ramen.

“. . . . . “, Ari tidak membalas apa-apa.

“Hmm… Tak tahu aku nak komen apa pasal hidup kau. Hidup kau complicated sangat. Tiba-tiba aku rasa bertuah lahir dekat Jepun ni”, kata Ryugamine.

“. . . . .”, Ari tak membalas apa-apa lagi.

“Come on Ari, jangan la serabut sangat. Hidup ni memang penuh masalah. Aku taknak la kau rasa nak bunuh diri ke, apa ke. Tahu la Jepun ni terkenal dengan orang yang ramai bunuh diri”, kata Ryugamin lalu meneguk sake di depan mata.

“Ryu, aku cuma selalu terfikir, macam mana kalau aku yang salah selama ni..?”, kata Ari.

“Hmm…”, Ryugamine tidak membalas apa-apa pula. Sambung minum sake.

“Macam mana kalau tuhan tu betul-betul wujud? Macam mana kalau aku masuk neraka yang agama aku kata ada tu? Aku tak tahu sama ada aku patut patah balik ke tak”, kata Ari.

“Ari, macam ni. Aku tak tahu sangat pasal agama kau. Jadi aku memang tak boleh nak komen apa. Itu hak kau”, balas Ryu.

“Aku tak faham.. Salah ke kalau aku persoalkan kewujudan Dia? Lepas tu agama aku selalu kata, Tuhan tu penyayang gila. Maha Penyayang.  Tapi Dia suka bagi aku masalah. Bagi aku rasa resah, kecwa, sedih. Banyak sangat. The Messenger agama aku pulak kata benda tu tanda Tuhan aku saying aku. Dia nak uji kesabaran aku”, kata Ari.

“. . . . . .”, Ryugamine diam sahaja. Bukan apa. Bukan sekali dia dengar Ari cakap benda ni. Dah berpuluh kali rasanya Ryugamine dengar Ari luah benda yang sama semenjak dia berkawan rapat dengan Ari 3 tahun yang lalu.

“Kalau betul Tuhan aku sayang aku, kenapa dia bunuh kekasih aku? Kenapa dia tarik nyawa dia? Aku bukan tak obedient. Apa yang agama aku suruh aku buat, semua aku buat. Aku rasa macam bullshit gila”, sambung Ari mengadu.

“Gomen (Maaf) Ryu. Entah la. Aku selalu rasa koibito (kekasih) aku tu macam dah mati. Dia dah jadi orang lain. Sebab dia obsess dengan agama”, sambung Ari lagi. Lalu diteguk lagi sake depan mata.

“Bila aku ngamuk,mengadu supaya dia kekalkan diri dia, dia kata aku dah sesat. Aku halang dia dari apa yang sepatutnya dia buat. Dia kata aku tak ikut kehendak agama aku. Aku jadi keliru gila. Kenapa selama ni aku rasa aku patuh dengan agama aku, tiba-tiba dicop sebagai tak patuh? Tuhan aku tu memang gila la. Bagi aku hadap benda macam ni”, sambung Ari lagi. Ari dah mula mabuk.

“Lepas tu aku persoal itu ini, orang kata aku dah jadi liberal. Aku tak boleh terima hukum hakam agama aku. Aku tak faham. Bukan ke Islam tu cara hidup? Bukan ke Islam tu mudah. Aku cuma nak jawapan. Tapi orang tak bagi aku jawapan tu langsung. Condemn aku sana sini. Seolah-olah aku salah gila”, Ari mula letak tangan ke kepala. Rasa sebak dekat hati.

Sake dituang ke dalam cawan. Sambung minum. Ryugamine cuma mendengar.

“Lepas tu aku kena halau dengan parent aku pulak. Sebab aku dah sesat katanya. Aku dah taknak solat katanya. Aku dah tak jadi seorang pengikut yang baik. Aku bakal masuk neraka katanya. Gila kau tahu? Gila!”, Ari mula tinggi suara.

Ryugamine cuma mendengar.

“. . . . . . .”, Ari diam. Sedar dia tarik perhatian orang.

Ryugamine sambung minum sake di depan mata.

Ari tengok balik handphone di depan mata. Tengok lagi gambar dalam handphonenya. Ari mula menggosok mata. Lap air mata yang keluar dengan hujung jari.

“Aku rindu adik aku, abang aku. Aku rindu rumah aku. Aku rindu koibito aku..”, kata Ari sebak.

“Bos, tambah satu botol lagi”, kata Ryugamine dekat orang kedai ramen.

“Ari, kau dah mabuk sangat ni. Dah la. Aku belanja kau satu botol lagi. Kau kasi minum, nanti aku teman kau balik rumah. Esok kita main game sampai pengsan. Okay?”, pujuk Ryugamine.

“. . . . . .”, Ari terdiam. Dia senyum kecil. Dalam hati dia mengucapkan terima kasih kepada Ryugamine sebab selalu sudi dengar luahan dia.

Note:
Orang Jepun punya lidah susah nak sebut huruf L. Sebab dalam bahasa Jepun memang taka da perkataan yang berbunyik L macam Malaysia. Jadi diorang sebut Malaysia sebagai ‘Maraysia”. Ari dalam cerita ni bernama Ali. Tapi Ryugamine sebut Ali sebagai ‘Ari’.

Sudah tentu ni cerita dongeng sahaja. Bukan cerita betul.


Aku belajar orang Jepun memang ada budaya ‘minum’. Di mana, bila waktu malam kebiasaanya pekerja syarikat akan lepak bersama kawan diorang, minum arak sama-sama. Ini cara diorang ‘kenal-mengenali’ kawan diorang. Orang yang minum arak sama-sama boleh dikatakan rapat di Jepun. Kebiasaanya antara co-worker.

Thursday, December 18, 2014

Dia yang turut tersesat

Agumon adalah seorang pemuda, yang berpendidikan agama.

Keluarganya tidaklah berpendidikan agama, tidaklah buat usrah keluarga setiap kali habis sembahyang berjemaah di rumahnya. Dan sebenarnya, bapanya tidak pun berpendidikan agama. Ibunya juga masih mempelajari sedikit demi sedikit.

Agumon faham mengenai situasi ibu bapanya. Ketika zaman Malaysia baru merdeka, penekanan tentang Islam tidaklah begitu berat. Penekanan tentang penutupan aurat tidaklah begitu agresif seperti zaman Agumon.

“Kau tak tutup aurat? Dosa woi. Masuk neraka!”

“Awak tengoklah perempuan di luar sana, pakai tudung, tapi lengan pendek”.

Begitulah orang sekelilingnya mencemuh orang yang kurang pendidikan agama ini.

Termasuklah Agumon.

Agumon dihantar ke sekolah agama semenjak darjah 1.

“Ibu, kenapa kawan Agumon tak payah pergi sekolah agama bu?”, Agumon bertanya kepada ibunya dengan begitu comel.

“Hmm.. Mak ayah diorang taka da kesedaran nak hantar anak-anak belajar agama angah.. Biarlah diorang.. Janji Agumon belajar agama, Agumon nanti boleh masuk syurga!”, balas ibunya dengan lembut.

Maka dengan innocentnya Agumon belajar la agama di sekolah rendah dari darjah 1 hinggan darjah 6.

Agumon begitu suci dan innocent.

Ketika mana rakan perempuan sekelasnya terdedah aurat sedikit, Agumon akan berpaling!

“Uh! Aurat!”, kata Agumon.

Setelah memasuk sekolah menengah, Agumon membuat keputusan untuk memasuki sekolah agama.

Suasana di sekolah agama sempoi sahaja. Semua orang menutup aurat. Semua orang bertutur sopan.

Semua orang..?

Agumon salah. Agumon menjangkakan suasana di sekolah agama adalah seperti yang di atas.

Kebarangkalian pelajar di sekolah agama ini semuanya remaja remaji. Betul ke remaja remaji? Memandai je aku ni merosakkan Bahasa Melayu. But balik kepada topik, memandangkan semua remaja, baru nak tumbuh bulu la orang kata, barangkali mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.

Apa itu seks?

Apa rasa peras ugut orang?

Seronok ke mencarut?

Seronok ke tengok orang yang lemah dipermainkan?

Agumon yang innocent turut serta curious. Namun Agumon tahu tentang batas-batasnya.

Maka Agumon tidaklah melakukan seks. Tidaklah mencarut. Tidaklah memeras ugut orang.

Tahniah Agumon kerana berjaya mengekalkan keimanan anda! *Lagu tema kemenangan dimainkan*

Setelah sampai satu tahap, Agumon kata Agumon nak keluar sekolah agama.

“Apa rasa eh duduk sekolah biasa-biasa?”, bisik Agumon dalam hati.

Maka Agumon keluarlah dari sekolah yang dipenuhi budak-budak yang bajet syadid, walhal sibuk dengan ingin menunjukkan mereka tidaklah syadid mana.

Maka bila sampainya Agumon di sekolah baru, Agumon terasa culture shock.

“Wah. Diorang lek je pegang bahu awek tu?”

“Wah, diorang tak pergi solat Jumaat pun?”

“Wah, gila babi do diorang mencarut dengan cikgu?”

Begitu banyak wah sekali yang muncul dalam kepala Agumon.

Maka Agumon terasa dia perlu bertanggungjawab membetulkan perihal ini.

Tapi Agumon dilema. Bolehkan dia membetulkan perihal ini?

Apa caranya?

Dakwah kena ada hikmah! Teringat kata-kata ustazahnya di sekolah lama dahulu.

“Korang, tak elok do pegang-pegang macam tu, dosa , masuk neraka!”, kata Agumon. Bapak comel kan Agumon?! Hahahahahahaha. Okay lame.

“Wah. Budak sekolah agama nak tegur kita la. Wuhuuu. Bagus kau ni bagus bagus”, kata kawan sekelasnya memerli.

Tapi diorang tak melakukan apa-apa perubahan pun. Apa yang berubah, diorang mengasingkan diri daripada Agumon.

Bukan takat kawan sekelas Agumon yang melarikan diri, tapi hamper seisi asrama mengelakkan diri. Takut diceramah barangkali.

Agumon menjadi dilema lagi. Sila bayangkan Agumon tengah duduk di surau pegang kepala sambil fikir,

“Aduh, aku salah dakwah ke..?”, sambil keluar sikit air mata. Comel sial.. Hahahahahaha. Okay lame.

Maka Agumon dapat tangkap satu perihal. Orang yang tidak berpendidikan agama ini, bukan semua tahu batas-batas pergaulan.

Dan perlu fikir cara macam mana nak perbetulkan masalah mereka ini.

Dan Agumon kata,

“Aku tahu!”, sambil buat muka gembira keluarkan satu jari. Ahahaha comelnya Agumon ni! K…

Agumon buat keputusan untuk masuk dengan budak-budak ni.

Bak kata orang melayu, ‘duri dalam daging’. Tapi duri dalam daging ni lain macam sikit. Duri ni nak cucuk benda baik dalam hati diorang.

Macam ni.

Mula-mula Agumon guna teori cucuk dari luar. Which is, approach, “Wohoi tak baik na korang aceni”.

Sekarang, Agumon guna teori macam ni pulak. Buat-buat tak power agama, buat-buat budak jahat, which is, ala carut sikit tak apa lah. Kasi diorang boleh accept. Jangan duk sembang agama. Kalau diorang cat badan diorang dengan warna merah, Agumon cat sekali badan dia dengan warna merah. Tapi Agumon kan warna kuning. Kuning campur merah jadi oren.

Tolong bayangkan satu bulatan, penuh warna merah. Then ada satu warna oren dekat dalam bulatan tu. Dan perlahan-lahan oren merebak ke semua warna merah, dan menjadikan warna merah perlahan-lahan jadi warna oren.

But this orange colour, brings the messages. The message of him.

“Sorry geng, gua nak pergi jemaah Zohor sekarang. Bubui~”, kata Agumon bila bersama-sama dengan mereka.

Teori Agumon berjaya shia.

Perlahan-lahan, dari kelompok merah jadi warna oren.

Perlahan-lahan, kawannya ikut sekali Agumon Jemaah. Perlahan-lahan, kawannya ikut Agumon baca Quran.

Agumon kata,

“Budak budak Merah ni, diorang ni just lupa alpa leka je. Kena cucuk-cucuk je. Nanti perlahan-lahan diorang okay la”.

Tapi malang sekali, bila Agumon keluar dari sekolah, melangkahkan kaki ke alam universiti, Agumon tidak lagi bewarna kuning, but warna oren.

Dan nak dibuat masalah, kawan baru Agumon di universiti adalah bewarna merah yang lagi pekat. Lagi memeningkan.

Agumon masuk dalam bulatan merah pekat seumpama warna darah tu.

Tapi Agumon yang berubah warna.

Teori duri dalam daging Agumon tidak lagi berkesan.

Agumon bukan lagi Agumon. Agumon telah bertukar menjadi Tyrannomon yang jahat.

Tapi kawan Agumon yang bertukar jadi oren ramai menjadi warna kuning. Menjadi suci. Menjadi pendakwah yang berkaliber.

Dunia sudah terbalik.

Tyrannomon sudah sesat.

Tyrannomon cuba ubah balik ke warna kuning. Tapi tak boleh. Seumpama warna badannya telah kekal.

Tyrannomon menangis.

“Uhuk uhuk. Apa dah jadi dekat aku…”, nangis Tyrannomon. Alahai comelnya. Hahahahaha. Okay..

Maka apakah yang akan terjadi dekat Tyrannomon..?


Bersambung… Hihi.

Monday, December 15, 2014

Sunday, December 14, 2014

Dilema Pelajar 2

*Ketika darjah 1*
Cikgu tanya
"Baiklah, hari ini kita belajar tentang cita-cita."
Rubick pun bertanya,
"Cita-cita tu apa cikgu?"
Cikgu menjawab,
"Cita-cita tu adalah pekerjaan yang kamu nak lakukan bila kamu dah besar nanti? Contohnya, doktor, guru, engineer, polis"
Budak-budak dalam kelas ternganga.
Cikgu bertanya kepada Rubick,
"Kamu nak jadi apa dah besar nanti Rubick..?"

Rubick menjawab,
"Saya nak jadi Ultraman! Saya akan hapuskan makhluk asing dan selamatkan dunia!"

*Ketika darjah 6*
Cikgu baru nak masuk dalam kelas.
"Alah. Pundek ah. Nanti mesti kenalkan nama, tanya cita-cita semua", kata Rubick kepada kawan baiknya, Rikimaru.

"Tapi dengar cerita cikgu tu lawa. Tetek besar gila", kata Rikimaru dekat Rubick.

"Serius la do!?", Rubick excited.

Cikgu Mirana masuk dalam kelas.

"Weh lawa do cikgu ni", bisik Rubick dekat Rikimaru.

"Kan aku dah kata", kata Rikimaru.

Maka tekaan Rubick akan cikgunya akan bertanya tentang nama dan cita-cita itu betul.

"Hai cikgu. Nama saya Rubick. Cita-cita saya, saya nak jadi suami cikgu",
kata Rubick bersahaja.

Semua orang ketawa sampai keluar air mata.

"Hrm Rubick. Saya minta maaf. Tapi saya dah kahwin ya. Baiklah apa cita-cita kamu yang sebenarnya?", kata cikgu Mirana.

"Er.. Saya, nak jadi... engineer".

*Ketika tingkatan 4*
"Assalamualaikum. Nama saya Rubick. Cita-cita saya hendak menjadi engineer", Rubick perkenalkan diri dekat satu kelas. Sekolah baru, classmate baru, cikgu baru.

"Aik? Kalau awak nak jadi engineer kenapa awak duduk dalam kelas ni? Ni kelas sastera?", tanya Cikgu Lina.

Rubick garu kepala.

*Ketika berada di universiti*

"Ah cibainya. Kenapa aku amik course ni? Nok harom...", Rubick merungut sambil cuba jawab soalan calculus depan mata dia.

"Kenapa? Awak tak boleh jawab? Awak salah ambil course ke?", tanya Encik Tinker kepada Rubick ketika dalam kelas.

Rubick diam. Rakan kelasnya yang lain turut diam.

"Kau ingat semua orang dalam kelas ni ambil course yang betul ke? Semua belajar pun sebab nak cari kerja je. Cikgu aku dulu pun tak ada pun sebut aliran engineering ni palat macam ni. Mak bapak aku pun duk sibuk suruh aku jadi engineer", bisik Rubick dalam hati seorang diri.

"Awak sepatutnya ambil course yang awak minat. Baru awak semangat nak belajar", kata Encik Tinker.



Ceritanya sekarang, budak zaman sekarang tahu ke diorang minat apa? Takkan semua nak jadi penyanyi Kpop? Natunk.

Thursday, December 11, 2014

Just a Random Engineering Student’s Thought

Seriously, sorry for grammatical error. Aku tak pandai sangat English even aku dah belajar English since darjah 1.

This is going to be long but I don't know whether people would like to read it and discuss it. Because when I talked about it among my friends, they don't give any fuck. Some of them surely give some good reply. But most of them is like,

"Kita tak boleh buat apa pun kan?".

And I am one of them. Yang say the same thing.

So end up I chose to speak here, even I know there are no people reading this long essay.

I'm a Malay guy. Just a normal Malaysian. Yang kadang-kadang bajet cakap English, kadang-kadang cakap bahasa sampah. Tak. Bahasa 'sampah' ni bukan Bahasa Melayu. Bahasa sampah ni 'uto fuck cibai kote aleuto and such. Malay is a beautiful language. But some people love to speak that sampah language isn't it?

Enough dengan muqadimah.

Aku tak setuju sebenarnya dengan sistem peperiksaan.

Sebab benda ni bagi aku macam racun.

Gapo racun?

Kau orang pernah tak berkawan dengan orang yang dia study betul-betul, but he/she can't excel in exam? Yang solat cukup penuh, jadi imam surau sekolah bagai, but he can't get those 9A's, 11A's in SPM, can’t get 4.00 in the universiti yang orang duk megah-megahkan sangat?

Dan kau orang pernah jumpa orang yang dapat istidraj?

Istidraj ni term yang Muslim bagi pada orang yang Allah bagi nikmat, tapi mamat/minah ni lek je buat maksiat. Dia kuat romen, mencuri, tapi like tak ada musibah langsung menimpa. Orang kena istidraj ni biasa gampang cakap,

“Aku buat maksiat tapi elok je duit aku masuk bagai? Aku tak solat tak ada apa berlaku pun? Lek ah”.

Yes, that aleuto guys la.

Sorry kalau words aku pun gampang macam kerabat istidraj ni.

But yeah, I have these 2 types of friends. Nama pun kawan. Sebab tu terikut jugak kut bahasa kejap elok, kejap hrmm….

But these guys yang istidraj ni pulak yang kita pandang macam holy shit, mulianya kau, bagusnya kau, pandainya kau.

While those yang perangai baik-baik akhlak mulia kita duk pandang hina sebab, sebab SPM dia dapat 3A, tak ada A langsung. Dia tak layak amik course mainstream such as engineering, medic, accounting. Awak yang SPM rendah-rendah ni amik la course office management ke, human resource ke, multimedia ke.

Wai. Kau tahu, course office management dan yang seangkatan dengannya ni kau ingat gaji tak bagus ke?

Dan kau ingat kerja multimedia tak bagus? Kalau tak bagus, aku tanya kau, kenapa syarikat Marvel Studio, Warner Bros, Disney, Fox Centuries, depa berjaya je? Hina ke kerja multimedia?

Tak semua orang pandang kerja selain mainstream ni weak. But you got to admit yang sekarang ni kita ada double standard.

Orang pandai.

Orang tak pandai.

Dan kau kena admit jugak yang golongan so called ‘pandai’ dan bajet hebat ni view those golongan ‘tak pandai’ ni like cockroach. Hina. Busuk. Dan suka takut-takutkan orang dengan tiba-tiba boleh terbang. Okay lame joke sorry.

But that what happened in front of me.

Universiti aku, tak mahu mention ah nama universiti. Karang kena masuk lokap limitkan students to only have several credit hours per semester. Yeah memang logik kena limitkan credit hours. But the value of the limited credit hours aku rasa nonsense.

Dah la dalam buku undang-undang sembang lain, bila depan mata sembang lain.

Okay, satu semester dilimitkan 25 jam kredit. Tapi depan mata, oh, kalau dah lebih 18 jam kredit, you need to get permission from the dean. Okay jumpa dean,

“Berapa pointer awak?”

“Er, just 2.9 sir”.

“What? Below 3? How come your study become this bad?”

“I’m… not really sure. Silap saya kut. Sebab saya banyak main kut. Tapi saya nak cuba lagi elok semester depan”.

“Tak boleh. Saya tak boleh izinkan. Sebab pointer awak rendah. So saya tak boleh bagi awak ambik subjek tambahan ni”.

“Tapi sir, saya minat subjek ni. Saya nak cuba take this subject. Probably I can perform better.”

“Macam mana awak nak bawak. Sebelum ni awak ambil kurang 18 jam kredit pun awak tak boleh maintain pointer awak”.

“. . . . . . .”

Now soalan aku. Macam mana the dean know yang that particular guy can’t bawak the additional subjet? What is he? Adakah semua dekan dalam fakulti a fucking psychic? Dan sebab pointer rendah you’re not giving the opportunity for those guys/ladies yang nak cuba ceburi bidang dia minat? What the fuck?

Parent pun satu hal.

Ada kes kawan aku, she’s really into art. Yes the drawing like that Mona Lisa’s drawing and such. Aku tak tahu sangat those things sebab aku bukan orang art. But her parent was like, strongly against her.

“Kau ingat dengan melukis tu kau boleh berjaya? Tak ada masa depan tahu tak! Baik kau belajar pandai-pandai, score dalam periksa!”

Said her dad.

My mom also like,

“Angah belajar la pandai-pandai..  Biar lulus periksa, dapat kerja elok-elok. Jadi la engineer ke, doktor ke”.

I don’t understand. Kenapa these jobs je yang mentaliti orang lahir zaman 70 80-an ni nampak?

Dan this thing is racun because nowadays, people, the grandma, the mama, the young adults, the teenagers, the kids, macam tak ada matlamat lain hidup. Score periksa, get job.

Score periksa, get job.

Score periksa, get job.

Score periksa, good result, get job.

Bak kata orang tua, diorang dah hidup lama. Tahu asam garam kehidupan.  Kerja bukan senang nak carik. Bla bla bla.

Umpama kata orang tua adalah definite. Tak boleh salah langsung.

I don’t know..

I was inspired to write this because recently, I’ve been asking, is this really what I want to do with my life..?

I was that educated guy, yang score 9A’s dalam SPM. Go to university, did foundation and doing degree in engineering. And when I learn engineering, I start to wonder, why the F I took engineering.

“You salah amik course ke?”, asked my lecturer.

Yeah I did and what?

“Kalau you tak minat engineering, why you took it at the first place?”

Dan jawapan aku, because our community demand it.  Our community look that job like that the only job yang people should take. And my teachers at school pun tak pernah pun guide us to take what we love. In fact, Malaysian mana yang determined about their passion.

Cuba kau tanya diri kau. Cuba kau tanya kawan-kawan kau. Cuba pakcik makcik, dato datin tanya anak-anak, dia minat apa sebenarnya.

I asked some of my colleagues. Most them are like,

“Entah la. Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku betul-betul minat”.

Aku tak boleh salahkan diorang. Sebab aku sendiri pun WAS like that. In the end aku chose engineering, which is sebenarnya aku baru sedar aku tak ada that full passion pun on engineering.

You guys, the pensyarah, the golongan ‘pandai’ surely will condemn me. Said that,

“Eh masalah kau la kau tak minat. Kau salah amik kenapa la fuck”.

Yeah, that’s is our country.

Yup. Our country. Actually this is about our country too.

Negara maju by 2020. Don’t give me that shit bila our young adults just work because they want to live.  Sara hidup Malaysia tinggi kan? What I’m going to say is, most of our student belajar just for sake of grades and works.

That’s why negara kita mundur. Masih guna teknologi luar.

For example, masih can’t make our own smartphone. Padahal berlambak student electronic engineering.

Kereta Proton pun masih dipandang rendah oleh rakyat sendiri. Padahal bersepah graduan mechanical engineering. But why we still can’t surpass big company like Toyota, Honda, yada yada. Dah bertahun-tahun dah Proton oooi.

Negara berpendidikan. But our technology still dekat takuk lama. Masih guna barang import. Psh.

You know why this happened? Because our student learn just for the sake of grades and jobs! Bukan belajar sebab they want to improve what we have now!

Semua benda ni appointed to Malays students la. Aku tak ramai kawan dengan Chinese or Indian. But aku rasa Chinese macam more kepada business even they’re studying engineering. Seriously.

Dan aku cuba kaji permasalahan ni. Dan ya, aku end up blame the system. Sistem peperiksaan yang racun pemikiran orang sekarang, yang men-double standard-kan rakyat.

Kau orang tak rasa kita macam tak ada pun kelebihan kita sendiri?

Sastera dan art kita dan tutup. Like that thing is not valuable at all.

Teknologi, bajet nak buat negara maju, while our students yang macam aku katakan tadi.

Lepas tu bidang hiburan pulak, meeeh. I don’t know why I always feel Malay’s movies so suck. Sorry producers. I just can’t get the juice of it.


Malaysians is actually lack of passion. Don’t you guys think so?

Monday, December 8, 2014

Kahwin Muda

Ramlah Rim seorang anak gadis berusia 20 tahun.

Ramlah Rim ada kekasih nama Manap.

Manap berusia 21 tahun.

Satu hari, Ramlah Rim dengan Manap decide nak kahwin. Tapi tak ada duit.

"Ma, Ramlah nak kahwin boleh?", Ramlah Rim bertanya kepada mamanya.

"Ha? Nak kahwin?! Awak tu baru umur 20 nak kahwin? Belajar tak habis lagi pun nak kahwin? Apahal gatai sangat? Pakwe Ramlah tu pun gatai sangat ke? Mak bapak dia pun sibuk nak kahwinkan ke? Tak payah ngada-ngada. Habiskan belajar dulu".

"Mama kedekut! Mama ja'at! Mama tak adil"
Ramlah pun menangis teresak-esak dan lari ke dalam bilik.

Manap pun bertemu ibundanya.

"Bonda, Manap nak kahwin".

"Ha? Nak kahwin? awak tu baru umur 21 nak kahwin? Belajar tak habis lagi pun nak kahwin? Apahal gatal sangat? Makwe Manap tu pun gatai sangat ke? Mak bapak dia pun sibuk nak kahwinkan ke? Tak payah ngada-ngada. Habiskan belajar dulu".

Ha'ah aku copy paste je ayat yang sama macam mamanya si Ramlah Rim kata. Malas nak bikin ayat baru.

Senang cerita Ramlah Rim dengan Manap tak dapat berkahwin kerana status mereka adalah pelajar. Entah kenapa rakyat Malaysia yang berstatus 'pelajar' boleh jadi haram untuk kahwin di usia yang awal. Atuk nenek mereka dulu usia 14 16 tahun dah kahwin.

"Tak adil kan parent kita? Diorang kahwin awal boleh. Kita kahwin awal tak boleh", kata Manap kepada Ramlah Rim.

"Tak apa lah Manap.. Diorang nak tanggung dosa kita, suka hati mereka la".

Maka Ramlah Rim dengan Manap pun tak kahwin dan teruskan maksiat mereka.

"Alah Manap.. Kalau ada jodoh, tak ke mana la Manap. Habiskan je la belajar dulu", kata bondanya Manap.

"Ha'ah ibunda. Manap memang tak ke mana-mana pun. Kumpul dosa pun memang tak ke mana-manaaaaa", kata Manap bersahaja.


Ibundanya terkedu. Namun tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Thursday, December 4, 2014

Cita-citanya Tidak Sampai

Shino mempunya satu cita-cita yang rasanya tidak ada satu pun rakyat marhaen Malaysia yang mempunyai cita-cita yang sama dengannya.

Cita-cita Shino adalah hendak menjadi direktor syarikat. Syarikat video game. Seperti Capcom, atau Steam, atau Atlus, atau Konami, atau Sega, atau 2K, atau Square Enix, atau Betheda, atau Naughty Dog, atau Ubisoft, dan sebagainya.

Nampak tak Shino mampu menyenaraikan syarikat-syarikat gergasi dunia permainan video.

Shino seorangg yang pendiam dan tidak mempunya ramai kawan. Dia merupakan seorang wallflower ketika zaman sekolah dan universitinya. Maka tidak ramai mengenali akannya. Dia pun asyik-asyik menyorok dalam bilik, main pelbagai game, dari genre action, RPG, simulation, massively online battle arena (MOBA), first person shooter (FPS), dating sim, platformer, visual novel, puzzle, dan sebagainya.

Nampak tak Shino sangat mendalami akan genre dunia game?

Shino selalu mentafsirkan gamer di Malaysia adalah jumud kerana mereka cuma bermain akan permainan MOBA yang terkenal yakni Dota 2 dan sangat bangga dengan pencapaian mereka dalam permainan video tersebut. Mereka cuma mahir bermain Dota 2, namun permainan lain mereka sangat noob.

Bukan Shino tidak bermain Dota 2. Shino main juga. Tapi itu bukan satu-satunya permainan yang Shino main.

Shino ingin membangunkan syarikat permainan videonya sendiri.

Tapi..

Dunia permainan video adalah satu perkara yang susah. Dan bukan mudah untuk berjaya. Lagi-lagi dalam masyarakat marhaen Malaysia ini.

Untuk develope sebuah video game, secara kasarnya, Shino perlukan:
1. Programmer/coder/debugger
Permainan video apa pula yang tidak menggunakan programming? Iya. Shino memerlukan orang yang belajar sains komputer untuk menulis kod permainannya dan dijalankan ke dalam komputer. Mereka-mereka yang mahir dalam penghasilan CGI juga tergolong dalam golongan ini.

Mereka ini juga bertanggunjawab menghasilkan gameplay yang terbaik seperti sistem levelling, sistem pekerjaan, dan sebagainya. Sangat berperanan besar untuk menghasilkan sebuah game yang menarik.

2. Penulis/Writer
Bukan setiausaha atau apa. Penulis ini adalah penulis jalan cerita. Di mana dia akan bertanggungjawab menulis jalan cerita untuk permainan video tersebut. Iya, permainan video yang famous di Malaysia sekarang ini seperti Dota 2 memang tidak memerlukan penulis. Tapi penulis ini masih lagi penting untuk permainan video yang berorientasikan jalan cerita instead of gameplay.

3 Artis. Artis pelukis. Bukan penyanyi. Dan juga animator
Iya. Semua watak-watak yang anda lihat di dalam permainan video asalnya datang daripada lukisan. Seperti watak dalam Final Fantasy VII yang famous seperti Cloud Strife dan Vincent Valentine, pelukisnya adalah Tetsuya Nomura. Dan dari lukisan, ia dialihkan kepada model 3 dimensi (3D) oleh graphic editor/designer. Rakyat Malaysia mana yang mampu menghasilkan model 3D dengan sangat baik? Animasi kita yang paling hebat seperti Upin dan Ipin pun, bagi Shino, itu adalah model berkualiti rendah. Fizik animasi tersebut tidak menarik. Pergerakan anggota semua tidak cantik.

Tapi teknologi sekarang sudah canggih. Menggunakan CGI 3D untuk menghasilkan pergerakan model 3D yang smooth. Kadang kala mereka menggunakan orang betul sebagai model mereka seperti dalam permainan video Devil May Cry (DmC) dan juga beberapa game Call of Duty (CoD).

Dan tidak lupa juga mereka ini terlibat dalam penghasilan scenere atau background kepada game tersebut. Sebagai contoh, lokasi di dalam hutan belantara, lokasi di dalam sewer, lokasi di medan peperangan, dan sebagainya.

4 Musician. Bukan penyanyi. Composer lagu.
Soundtrack, bahasa Inggerisnya. Bahasa Melayu dia apa, Shino tak dapat nak explain. Soundtrack ini termasuklah background musc (BGM) dan juga sound effect (SFX) yang lain. Seperti lagu latar ketika perlawanan itu perlulah rancak untuk menaikkan semangat pemain, dan sound effect seperti "Trrr trt ttrr trrrt" bunyi machine gun itu perlulah ada untuk menambah feel. Kerja ini nampak mudah. Tapi sebenarnya ia lebih kepada sound engineering. Dengar cerita Final Fantasy VI mempunya soundtrack yang terbaik. Tapi Shino lagi prefer soundtrack kepada permainan video Shin Megami Tensei: Persona 3. Perfect katanya.

Secara kasarnya, inilah keperluan seorang director game untuk menghasilkan sebuah permainan video.

Namun, impian Shino ini tidak akan tercapai kerana.
1. Tidak ada orang Melayu yang berminat bermain permainan video yang pelbagai.
2. Shino tak dapat carik orang yang minat. Eh macam sama je macam point 1.
3. Shino tak ada modal untuk memberikan gaji kepada mereka-mereka yang nak bekerja denngannya. Itu pun kalau ada orang yang bekerja untuknya.
4. Game yang dihasilkannya belum tentu berjaya dan menghasilkan untung. Bagaimana Shino hendak membayar pekerjanya?

Maka, dengan ini, Shino dengan harapan, kepada pembaca, siapa-siapa yang berminat bekerja tanpa gaji dengan Shino, tolong contact Shino sekarang. Shino kata kalau kerja itu mendatangkan untung, Shino akan bahagikan untung kepada yang terlibat dengan adil.

Shino kata dia hendak cuba membuat genre game yang paling mudah dan tidak kompleks dahulu, yakni visual novel. Siapa-siapa yang minat, Shino sekali lagi kata,
"Tolonglah saya! Saya teringin nak jadi pencipta video game!".


Sekian sahaja cerita saya tentang Shino.