*Ketika darjah 1*
Cikgu tanya
"Baiklah, hari ini kita belajar tentang cita-cita."
Rubick pun bertanya,
"Cita-cita tu apa cikgu?"
Cikgu menjawab,
"Cita-cita tu adalah pekerjaan yang kamu nak lakukan bila kamu dah
besar nanti? Contohnya, doktor, guru, engineer, polis"
Budak-budak dalam kelas ternganga.
Cikgu bertanya kepada Rubick,
"Kamu nak jadi apa dah besar nanti Rubick..?"
"Kamu nak jadi apa dah besar nanti Rubick..?"
Rubick menjawab,
"Saya nak jadi Ultraman! Saya akan hapuskan makhluk asing dan
selamatkan dunia!"
*Ketika darjah 6*
Cikgu baru nak masuk dalam kelas.
"Alah. Pundek ah. Nanti mesti kenalkan nama, tanya cita-cita
semua", kata Rubick kepada kawan baiknya, Rikimaru.
"Tapi dengar cerita cikgu tu lawa. Tetek besar gila", kata
Rikimaru dekat Rubick.
"Serius la do!?", Rubick excited.
Cikgu Mirana masuk dalam kelas.
"Weh lawa do cikgu ni", bisik Rubick dekat Rikimaru.
"Kan aku dah kata", kata Rikimaru.
Maka tekaan Rubick akan cikgunya akan bertanya tentang nama dan cita-cita
itu betul.
"Hai cikgu. Nama saya Rubick. Cita-cita saya, saya nak jadi suami
cikgu",
kata Rubick bersahaja.
Semua orang ketawa sampai keluar air mata.
"Hrm Rubick. Saya minta maaf. Tapi saya dah kahwin ya. Baiklah apa
cita-cita kamu yang sebenarnya?", kata cikgu Mirana.
"Er.. Saya, nak jadi... engineer".
*Ketika tingkatan 4*
"Assalamualaikum. Nama saya Rubick. Cita-cita saya hendak menjadi engineer",
Rubick perkenalkan diri dekat satu kelas. Sekolah baru, classmate baru,
cikgu baru.
"Aik? Kalau awak nak jadi engineer kenapa awak duduk dalam kelas ni?
Ni kelas sastera?", tanya Cikgu Lina.
Rubick garu kepala.
*Ketika berada di universiti*
"Ah cibainya. Kenapa aku amik course ni? Nok harom...",
Rubick merungut sambil cuba jawab soalan calculus depan mata dia.
"Kenapa? Awak tak boleh jawab? Awak salah ambil course
ke?", tanya Encik Tinker kepada Rubick ketika dalam kelas.
Rubick diam. Rakan kelasnya yang lain turut diam.
"Kau ingat semua orang dalam kelas ni ambil course yang betul ke?
Semua belajar pun sebab nak cari kerja je. Cikgu aku dulu pun tak ada pun sebut
aliran engineering ni palat macam ni. Mak bapak aku pun duk sibuk suruh
aku jadi engineer", bisik Rubick dalam hati seorang diri.
"Awak sepatutnya ambil course yang awak minat. Baru awak semangat nak
belajar", kata Encik Tinker.
Ceritanya sekarang, budak zaman sekarang tahu ke diorang minat apa? Takkan
semua nak jadi penyanyi Kpop? Natunk.
No comments:
Post a Comment