Thursday, December 18, 2014

Dia yang turut tersesat

Agumon adalah seorang pemuda, yang berpendidikan agama.

Keluarganya tidaklah berpendidikan agama, tidaklah buat usrah keluarga setiap kali habis sembahyang berjemaah di rumahnya. Dan sebenarnya, bapanya tidak pun berpendidikan agama. Ibunya juga masih mempelajari sedikit demi sedikit.

Agumon faham mengenai situasi ibu bapanya. Ketika zaman Malaysia baru merdeka, penekanan tentang Islam tidaklah begitu berat. Penekanan tentang penutupan aurat tidaklah begitu agresif seperti zaman Agumon.

“Kau tak tutup aurat? Dosa woi. Masuk neraka!”

“Awak tengoklah perempuan di luar sana, pakai tudung, tapi lengan pendek”.

Begitulah orang sekelilingnya mencemuh orang yang kurang pendidikan agama ini.

Termasuklah Agumon.

Agumon dihantar ke sekolah agama semenjak darjah 1.

“Ibu, kenapa kawan Agumon tak payah pergi sekolah agama bu?”, Agumon bertanya kepada ibunya dengan begitu comel.

“Hmm.. Mak ayah diorang taka da kesedaran nak hantar anak-anak belajar agama angah.. Biarlah diorang.. Janji Agumon belajar agama, Agumon nanti boleh masuk syurga!”, balas ibunya dengan lembut.

Maka dengan innocentnya Agumon belajar la agama di sekolah rendah dari darjah 1 hinggan darjah 6.

Agumon begitu suci dan innocent.

Ketika mana rakan perempuan sekelasnya terdedah aurat sedikit, Agumon akan berpaling!

“Uh! Aurat!”, kata Agumon.

Setelah memasuk sekolah menengah, Agumon membuat keputusan untuk memasuki sekolah agama.

Suasana di sekolah agama sempoi sahaja. Semua orang menutup aurat. Semua orang bertutur sopan.

Semua orang..?

Agumon salah. Agumon menjangkakan suasana di sekolah agama adalah seperti yang di atas.

Kebarangkalian pelajar di sekolah agama ini semuanya remaja remaji. Betul ke remaja remaji? Memandai je aku ni merosakkan Bahasa Melayu. But balik kepada topik, memandangkan semua remaja, baru nak tumbuh bulu la orang kata, barangkali mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.

Apa itu seks?

Apa rasa peras ugut orang?

Seronok ke mencarut?

Seronok ke tengok orang yang lemah dipermainkan?

Agumon yang innocent turut serta curious. Namun Agumon tahu tentang batas-batasnya.

Maka Agumon tidaklah melakukan seks. Tidaklah mencarut. Tidaklah memeras ugut orang.

Tahniah Agumon kerana berjaya mengekalkan keimanan anda! *Lagu tema kemenangan dimainkan*

Setelah sampai satu tahap, Agumon kata Agumon nak keluar sekolah agama.

“Apa rasa eh duduk sekolah biasa-biasa?”, bisik Agumon dalam hati.

Maka Agumon keluarlah dari sekolah yang dipenuhi budak-budak yang bajet syadid, walhal sibuk dengan ingin menunjukkan mereka tidaklah syadid mana.

Maka bila sampainya Agumon di sekolah baru, Agumon terasa culture shock.

“Wah. Diorang lek je pegang bahu awek tu?”

“Wah, diorang tak pergi solat Jumaat pun?”

“Wah, gila babi do diorang mencarut dengan cikgu?”

Begitu banyak wah sekali yang muncul dalam kepala Agumon.

Maka Agumon terasa dia perlu bertanggungjawab membetulkan perihal ini.

Tapi Agumon dilema. Bolehkan dia membetulkan perihal ini?

Apa caranya?

Dakwah kena ada hikmah! Teringat kata-kata ustazahnya di sekolah lama dahulu.

“Korang, tak elok do pegang-pegang macam tu, dosa , masuk neraka!”, kata Agumon. Bapak comel kan Agumon?! Hahahahahahaha. Okay lame.

“Wah. Budak sekolah agama nak tegur kita la. Wuhuuu. Bagus kau ni bagus bagus”, kata kawan sekelasnya memerli.

Tapi diorang tak melakukan apa-apa perubahan pun. Apa yang berubah, diorang mengasingkan diri daripada Agumon.

Bukan takat kawan sekelas Agumon yang melarikan diri, tapi hamper seisi asrama mengelakkan diri. Takut diceramah barangkali.

Agumon menjadi dilema lagi. Sila bayangkan Agumon tengah duduk di surau pegang kepala sambil fikir,

“Aduh, aku salah dakwah ke..?”, sambil keluar sikit air mata. Comel sial.. Hahahahahaha. Okay lame.

Maka Agumon dapat tangkap satu perihal. Orang yang tidak berpendidikan agama ini, bukan semua tahu batas-batas pergaulan.

Dan perlu fikir cara macam mana nak perbetulkan masalah mereka ini.

Dan Agumon kata,

“Aku tahu!”, sambil buat muka gembira keluarkan satu jari. Ahahaha comelnya Agumon ni! K…

Agumon buat keputusan untuk masuk dengan budak-budak ni.

Bak kata orang melayu, ‘duri dalam daging’. Tapi duri dalam daging ni lain macam sikit. Duri ni nak cucuk benda baik dalam hati diorang.

Macam ni.

Mula-mula Agumon guna teori cucuk dari luar. Which is, approach, “Wohoi tak baik na korang aceni”.

Sekarang, Agumon guna teori macam ni pulak. Buat-buat tak power agama, buat-buat budak jahat, which is, ala carut sikit tak apa lah. Kasi diorang boleh accept. Jangan duk sembang agama. Kalau diorang cat badan diorang dengan warna merah, Agumon cat sekali badan dia dengan warna merah. Tapi Agumon kan warna kuning. Kuning campur merah jadi oren.

Tolong bayangkan satu bulatan, penuh warna merah. Then ada satu warna oren dekat dalam bulatan tu. Dan perlahan-lahan oren merebak ke semua warna merah, dan menjadikan warna merah perlahan-lahan jadi warna oren.

But this orange colour, brings the messages. The message of him.

“Sorry geng, gua nak pergi jemaah Zohor sekarang. Bubui~”, kata Agumon bila bersama-sama dengan mereka.

Teori Agumon berjaya shia.

Perlahan-lahan, dari kelompok merah jadi warna oren.

Perlahan-lahan, kawannya ikut sekali Agumon Jemaah. Perlahan-lahan, kawannya ikut Agumon baca Quran.

Agumon kata,

“Budak budak Merah ni, diorang ni just lupa alpa leka je. Kena cucuk-cucuk je. Nanti perlahan-lahan diorang okay la”.

Tapi malang sekali, bila Agumon keluar dari sekolah, melangkahkan kaki ke alam universiti, Agumon tidak lagi bewarna kuning, but warna oren.

Dan nak dibuat masalah, kawan baru Agumon di universiti adalah bewarna merah yang lagi pekat. Lagi memeningkan.

Agumon masuk dalam bulatan merah pekat seumpama warna darah tu.

Tapi Agumon yang berubah warna.

Teori duri dalam daging Agumon tidak lagi berkesan.

Agumon bukan lagi Agumon. Agumon telah bertukar menjadi Tyrannomon yang jahat.

Tapi kawan Agumon yang bertukar jadi oren ramai menjadi warna kuning. Menjadi suci. Menjadi pendakwah yang berkaliber.

Dunia sudah terbalik.

Tyrannomon sudah sesat.

Tyrannomon cuba ubah balik ke warna kuning. Tapi tak boleh. Seumpama warna badannya telah kekal.

Tyrannomon menangis.

“Uhuk uhuk. Apa dah jadi dekat aku…”, nangis Tyrannomon. Alahai comelnya. Hahahahaha. Okay..

Maka apakah yang akan terjadi dekat Tyrannomon..?


Bersambung… Hihi.

No comments:

Post a Comment