Tuesday, December 23, 2014

Dia Yang Meninggalkan dan Ditinggalkan

Ari duduk dekat gerai ramen (Mee Jepun). Baru habis makan ramen. Hirup sake (arak Jepun).

Tengok handphone pintar di tangan. Gambar seisi keluarga di skrin handphone. Slide skrin. Kelihatan gambar seorang wanita bertudung.

“Oi Ari, kau rindu lagi kehidupan lama kau?”, tanya Ryugamine yang meneman Ari makan ramen.

“. . . . . “, Ari tidak membalas apa-apa.

“Hmm… Tak tahu aku nak komen apa pasal hidup kau. Hidup kau complicated sangat. Tiba-tiba aku rasa bertuah lahir dekat Jepun ni”, kata Ryugamine.

“. . . . .”, Ari tak membalas apa-apa lagi.

“Come on Ari, jangan la serabut sangat. Hidup ni memang penuh masalah. Aku taknak la kau rasa nak bunuh diri ke, apa ke. Tahu la Jepun ni terkenal dengan orang yang ramai bunuh diri”, kata Ryugamin lalu meneguk sake di depan mata.

“Ryu, aku cuma selalu terfikir, macam mana kalau aku yang salah selama ni..?”, kata Ari.

“Hmm…”, Ryugamine tidak membalas apa-apa pula. Sambung minum sake.

“Macam mana kalau tuhan tu betul-betul wujud? Macam mana kalau aku masuk neraka yang agama aku kata ada tu? Aku tak tahu sama ada aku patut patah balik ke tak”, kata Ari.

“Ari, macam ni. Aku tak tahu sangat pasal agama kau. Jadi aku memang tak boleh nak komen apa. Itu hak kau”, balas Ryu.

“Aku tak faham.. Salah ke kalau aku persoalkan kewujudan Dia? Lepas tu agama aku selalu kata, Tuhan tu penyayang gila. Maha Penyayang.  Tapi Dia suka bagi aku masalah. Bagi aku rasa resah, kecwa, sedih. Banyak sangat. The Messenger agama aku pulak kata benda tu tanda Tuhan aku saying aku. Dia nak uji kesabaran aku”, kata Ari.

“. . . . . .”, Ryugamine diam sahaja. Bukan apa. Bukan sekali dia dengar Ari cakap benda ni. Dah berpuluh kali rasanya Ryugamine dengar Ari luah benda yang sama semenjak dia berkawan rapat dengan Ari 3 tahun yang lalu.

“Kalau betul Tuhan aku sayang aku, kenapa dia bunuh kekasih aku? Kenapa dia tarik nyawa dia? Aku bukan tak obedient. Apa yang agama aku suruh aku buat, semua aku buat. Aku rasa macam bullshit gila”, sambung Ari mengadu.

“Gomen (Maaf) Ryu. Entah la. Aku selalu rasa koibito (kekasih) aku tu macam dah mati. Dia dah jadi orang lain. Sebab dia obsess dengan agama”, sambung Ari lagi. Lalu diteguk lagi sake depan mata.

“Bila aku ngamuk,mengadu supaya dia kekalkan diri dia, dia kata aku dah sesat. Aku halang dia dari apa yang sepatutnya dia buat. Dia kata aku tak ikut kehendak agama aku. Aku jadi keliru gila. Kenapa selama ni aku rasa aku patuh dengan agama aku, tiba-tiba dicop sebagai tak patuh? Tuhan aku tu memang gila la. Bagi aku hadap benda macam ni”, sambung Ari lagi. Ari dah mula mabuk.

“Lepas tu aku persoal itu ini, orang kata aku dah jadi liberal. Aku tak boleh terima hukum hakam agama aku. Aku tak faham. Bukan ke Islam tu cara hidup? Bukan ke Islam tu mudah. Aku cuma nak jawapan. Tapi orang tak bagi aku jawapan tu langsung. Condemn aku sana sini. Seolah-olah aku salah gila”, Ari mula letak tangan ke kepala. Rasa sebak dekat hati.

Sake dituang ke dalam cawan. Sambung minum. Ryugamine cuma mendengar.

“Lepas tu aku kena halau dengan parent aku pulak. Sebab aku dah sesat katanya. Aku dah taknak solat katanya. Aku dah tak jadi seorang pengikut yang baik. Aku bakal masuk neraka katanya. Gila kau tahu? Gila!”, Ari mula tinggi suara.

Ryugamine cuma mendengar.

“. . . . . . .”, Ari diam. Sedar dia tarik perhatian orang.

Ryugamine sambung minum sake di depan mata.

Ari tengok balik handphone di depan mata. Tengok lagi gambar dalam handphonenya. Ari mula menggosok mata. Lap air mata yang keluar dengan hujung jari.

“Aku rindu adik aku, abang aku. Aku rindu rumah aku. Aku rindu koibito aku..”, kata Ari sebak.

“Bos, tambah satu botol lagi”, kata Ryugamine dekat orang kedai ramen.

“Ari, kau dah mabuk sangat ni. Dah la. Aku belanja kau satu botol lagi. Kau kasi minum, nanti aku teman kau balik rumah. Esok kita main game sampai pengsan. Okay?”, pujuk Ryugamine.

“. . . . . .”, Ari terdiam. Dia senyum kecil. Dalam hati dia mengucapkan terima kasih kepada Ryugamine sebab selalu sudi dengar luahan dia.

Note:
Orang Jepun punya lidah susah nak sebut huruf L. Sebab dalam bahasa Jepun memang taka da perkataan yang berbunyik L macam Malaysia. Jadi diorang sebut Malaysia sebagai ‘Maraysia”. Ari dalam cerita ni bernama Ali. Tapi Ryugamine sebut Ali sebagai ‘Ari’.

Sudah tentu ni cerita dongeng sahaja. Bukan cerita betul.


Aku belajar orang Jepun memang ada budaya ‘minum’. Di mana, bila waktu malam kebiasaanya pekerja syarikat akan lepak bersama kawan diorang, minum arak sama-sama. Ini cara diorang ‘kenal-mengenali’ kawan diorang. Orang yang minum arak sama-sama boleh dikatakan rapat di Jepun. Kebiasaanya antara co-worker.

No comments:

Post a Comment