Shino mempunya satu cita-cita yang rasanya tidak ada satu pun rakyat
marhaen Malaysia yang mempunyai cita-cita yang sama dengannya.
Cita-cita Shino adalah hendak menjadi direktor syarikat. Syarikat video
game. Seperti Capcom, atau Steam, atau Atlus, atau Konami, atau Sega, atau 2K,
atau Square Enix, atau Betheda, atau Naughty Dog, atau Ubisoft, dan sebagainya.
Nampak tak Shino mampu menyenaraikan syarikat-syarikat gergasi dunia
permainan video.
Shino seorangg yang pendiam dan tidak mempunya ramai kawan. Dia merupakan
seorang wallflower ketika zaman sekolah dan universitinya. Maka tidak ramai
mengenali akannya. Dia pun asyik-asyik menyorok dalam bilik, main pelbagai
game, dari genre action, RPG, simulation, massively online battle arena (MOBA),
first person shooter (FPS), dating sim, platformer, visual novel, puzzle, dan
sebagainya.
Nampak tak Shino sangat mendalami akan genre dunia game?
Shino selalu mentafsirkan gamer di Malaysia adalah jumud kerana mereka cuma
bermain akan permainan MOBA yang terkenal yakni Dota 2 dan sangat bangga dengan
pencapaian mereka dalam permainan video tersebut. Mereka cuma mahir bermain
Dota 2, namun permainan lain mereka sangat noob.
Bukan Shino tidak bermain Dota 2. Shino main juga. Tapi itu bukan
satu-satunya permainan yang Shino main.
Shino ingin membangunkan syarikat permainan videonya sendiri.
Tapi..
Dunia permainan video adalah satu perkara yang susah. Dan bukan mudah untuk
berjaya. Lagi-lagi dalam masyarakat marhaen Malaysia ini.
Untuk develope sebuah video game, secara kasarnya, Shino perlukan:
1. Programmer/coder/debugger
Permainan video apa pula yang tidak menggunakan programming? Iya. Shino memerlukan
orang yang belajar sains komputer untuk menulis kod permainannya dan dijalankan
ke dalam komputer. Mereka-mereka yang mahir dalam penghasilan CGI juga
tergolong dalam golongan ini.
Mereka ini juga bertanggunjawab menghasilkan gameplay yang terbaik seperti
sistem levelling, sistem pekerjaan, dan sebagainya. Sangat berperanan besar
untuk menghasilkan sebuah game yang menarik.
2. Penulis/Writer
Bukan setiausaha atau apa. Penulis ini adalah penulis jalan cerita. Di mana
dia akan bertanggungjawab menulis jalan cerita untuk permainan video tersebut.
Iya, permainan video yang famous di Malaysia sekarang ini seperti Dota 2 memang
tidak memerlukan penulis. Tapi penulis ini masih lagi penting untuk permainan
video yang berorientasikan jalan cerita instead of gameplay.
3 Artis. Artis pelukis. Bukan penyanyi. Dan juga animator
Iya. Semua watak-watak yang anda lihat di dalam permainan video asalnya
datang daripada lukisan. Seperti watak dalam Final Fantasy VII yang famous
seperti Cloud Strife dan Vincent Valentine, pelukisnya adalah Tetsuya Nomura.
Dan dari lukisan, ia dialihkan kepada model 3 dimensi (3D) oleh graphic
editor/designer. Rakyat Malaysia mana yang mampu menghasilkan model 3D dengan
sangat baik? Animasi kita yang paling hebat seperti Upin dan Ipin pun, bagi
Shino, itu adalah model berkualiti rendah. Fizik animasi tersebut tidak
menarik. Pergerakan anggota semua tidak cantik.
Tapi teknologi sekarang sudah canggih. Menggunakan CGI 3D untuk
menghasilkan pergerakan model 3D yang smooth. Kadang kala mereka menggunakan
orang betul sebagai model mereka seperti dalam permainan video Devil May Cry
(DmC) dan juga beberapa game Call of Duty (CoD).
Dan tidak lupa juga mereka ini terlibat dalam penghasilan scenere atau
background kepada game tersebut. Sebagai contoh, lokasi di dalam hutan
belantara, lokasi di dalam sewer, lokasi di medan peperangan, dan sebagainya.
4 Musician. Bukan penyanyi. Composer lagu.
Soundtrack, bahasa Inggerisnya. Bahasa Melayu dia apa, Shino tak dapat nak
explain. Soundtrack ini termasuklah background musc (BGM) dan juga sound effect
(SFX) yang lain. Seperti lagu latar ketika perlawanan itu perlulah rancak untuk
menaikkan semangat pemain, dan sound effect seperti "Trrr trt ttrr
trrrt" bunyi machine gun itu perlulah ada untuk menambah feel. Kerja ini
nampak mudah. Tapi sebenarnya ia lebih kepada sound engineering. Dengar cerita
Final Fantasy VI mempunya soundtrack yang terbaik. Tapi Shino lagi prefer
soundtrack kepada permainan video Shin Megami Tensei: Persona 3. Perfect
katanya.
Secara kasarnya, inilah keperluan seorang director game untuk menghasilkan
sebuah permainan video.
Namun, impian Shino ini tidak akan tercapai kerana.
1. Tidak ada orang Melayu yang berminat bermain permainan video yang
pelbagai.
2. Shino tak dapat carik orang yang minat. Eh macam sama je macam point 1.
3. Shino tak ada modal untuk memberikan gaji kepada mereka-mereka yang nak
bekerja denngannya. Itu pun kalau ada orang yang bekerja untuknya.
4. Game yang dihasilkannya belum tentu berjaya dan menghasilkan untung.
Bagaimana Shino hendak membayar pekerjanya?
Maka, dengan ini, Shino dengan harapan, kepada pembaca, siapa-siapa yang
berminat bekerja tanpa gaji dengan Shino, tolong contact Shino sekarang. Shino
kata kalau kerja itu mendatangkan untung, Shino akan bahagikan untung kepada
yang terlibat dengan adil.
Shino kata dia hendak cuba membuat genre game yang paling mudah dan tidak
kompleks dahulu, yakni visual novel. Siapa-siapa yang minat, Shino sekali lagi
kata,
"Tolonglah saya! Saya teringin nak jadi pencipta video game!".
Sekian sahaja cerita saya tentang Shino.
No comments:
Post a Comment