Balanar tahu, yang meniru dalam exam tu salah. Salah dari segi duniawi
mahupun segi akhiri.
Dia duk tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus pun, Ustaz Azhar kata tergolong
dalam penipuan. Dan hukum menipu tetap haram.
Balanar garu kepala. Semenjak zaman SPM, dia dah pegang prinsip taknak
meniru. Kononnya biarlah legend. Kononnya biarlah result bodoh, janji tak
menipu semua orang.
Bila Balanar dah masuk universiti. Orang sekeliling dia hampir semua meniru
dalam peperiksaan.
Balanar rasa tak puas hati. Sebab dia belajar sungguh-sungguh. Namun result
periksa dia lebih teruk daripada rakannya, yang meniru dalam peperiksaan.
Balanar pujuk hati,
"Cool. Biar bodoh. Daripada berjaya dengan meniru dan tipu semua
orang, tipu mak bapak".
Tup. Biasiswa Balanar kena tarik. Sebab makin lama dia makin bodoh.
Balanar tengok kawannya Warlock.
Pointer Warlock rendah. Tapi Warlock pun ada biasiswa. Warlock risau
resultnya. Warlock terus meniru dalam semua peperiksaan. Tiada satu peperiksaan
pun Warlock tak bawak toyol. Sudah tentuk Warlock selamat daripada biasiswanya
ditarik malah sentiasa berjoli setiap hujung minggu.
Balanar perhatikan Warlock dan berfikir,
"Maybe aku pun patut meniru untuk mengelakkan daripada kena maki hamun
mak bapak, daripada biasiswa kena tarik. Tapi biasiswa aku dah kena tarik dah
pun".
Kawannya yang bernama Axe pun selalu kata,
"Eleh. Kau ingat time kerja nanti kau guna ke benda-benda kau belajar
ni? Tak guna langsung kut. Majikan pun tengok pointer kau je. Tak tanya pun kau
meniru ke dalam exam".
Maka mulai saat itu Balanar pun meniru dalam setiap peperiksaan. Balanar
kata,
"Ini la maksudnya tipu sunat kut".
Yeah somehow I feels the same.
ReplyDelete