Io perhatikan sahaja tingkah laku classmate dia.
Io perhatikan juga tingkah laku guru-gurunya.
Sudah tentulah Io perhatikan juga tingkah laku rakan dormnya.
Ketika mana rakan dormnya, Rubick tertidur sambil tangan memegang
handphone, Io akan menyorokkan handphone tersebut ke bawah bantal rakannya itu.
Bila mana Io melihat rakan asramanya hisap rokok di dalam tandas, Io buat
tak tahu. Apabila warden ingin berjalan ke arah tandas tersebut, Io terus menyapa,
"Assalamualaikum cikgu!" secara kuat-kuat. Tanda amaran kepada
rakan asramanya untuk berlari keluar tandas secepat mungkin.
Bila mana rakan asramanya tertinggal komik di dalam bilik prep, Io akan
ambil dan letakkan komik tersebut ke dalam rak buku rakannya itu.
Io tahu Cikgu Lich gatal. Suka perhatikan anak gadis bersukan. Kononnya
syok lihat 'boink boink'. Maka Io selalu bertanya soalan Matematik Tambahan
kepada Cikgu Lich ketika waktu Pendidikan Jasmani sebab Cikgu Lich juga
merupakan cikgu Matematik Tambahan disamping mengajar Pendidikan Jasmani kelas
mereka. Kononnya Io nak lindungi anak gadis dalam kelasnya.
"Apa benda la Io tu. Time PJ ni main ah. Sibuk nak belajar", kata
Barathrum.
"Alah Io tu pun bukan pandai main. Buat semak je", kata Rubick.
Ada satu masa Io saja balik lambat dari sekolah ke asrama sebab bertanyakan
soalan kepada gurunya, Io ternampak akan Jakiro bersama Rikimaru kena denda
dengan guru kelas mereka. Mereka tidak dibenarkan pulang selagi mana kerja
mereka tak siap. Itu apa yang Io tafsirkan daripada gambaran luar kelas mereka
berdua apabila ada Cikgu Medusa depan mereka menunggu mereka.
Io pergi ke dewan makan untuk lunch. Tapi lauk ayam tinggal 2 ketul.
". . . . . . ."
"Harini saya diet kak. Saya makan sayur je".
"Nasib baik sayur ni masak gulai taucu. Boleh la jugak aku
menelenanya", bisik Io dalam hati.
Io makan di satu sudut, Jakiro dengan Rikimaru masuk ke dewan makan.
"Weh! Tinggal 2 ayam je do! Dah la kecik ayam ni!", Jakiro
merungut.
Io senyum je tengok dua ekor mangkuk tu ambil lauk.
Ada satu masa itu lagi, ketika mana Io sedang buat ulangkaji di dalam bilik
prep berseorangan. Tapi diteman oleh rakan-rakan asramanya di meja yang
berlainan.
Dum dum dum dum dum.
Blok asrama perempuan sebelah sedang ada jamuan asrama. Bising.
"Sial la. Bising gila", kata Skywrath, kawan yang ada dalam bilik
itu.
"Kau tengok, Cikgu Lich siap joget-joget dengan budak perempuan
tu", kata Rubick dekat Skywrath.
Io perhatikan mereka berdua.
Io bangun, keluar bilik prep, pandang ke blok perempuan.
Iya Cikgu Lich tengah menari-nari bersama anak-anak gadis sekolahnya. Jadah
Cikgu Lich ni..? Tengok jam. 11:43 PM.
Io mengeluh...
Io berjalan ke surau sekolah. Sudah tentu senyap-senyap. Jangan ada orang
nampak.
Sampai ke surau. Jangan buka lampu. Io keluarkan telefon bimbitnya,
nyalakan lampu picit di handphonenya. Berjalan ke bilik bilal.
On PA system. Carik butang play dekat player dalam bilik bilal.
Tarik nafas....
Tekan.
". . . . . . ."
"Astaghfirullahal azim... Allazi la ilaha illa... huwal haiyul qaiyum,
waatubu ilaik..."
Zikir Ustaz Zulkarnain yang dipasang setiap petang sebelum Maghrib
berkumandang. Satu asrama dengar.
Tutup PA. Tutup pintu bilik bilal. Cabut keluar!
Io nampak ada kelibat orang datang menuju ke surau. Io terus menyorok dalam
semak.
Sudah tentulah, Invoker, pengerusi surau tersebut turun untuk melihat
siapakah gerangannya yang nakal main PA system tengah malam buta ni.
Jantung Io berdegup-degup. Bila Invoker berlalu, cepat-cepat Io keluar dari semak
dan berjalan seperti biasa. Kalau lari obvious sangat dia yang buat. Dah la
ramai orang tengok dari luar dorm. Buat la ala-ala dia cuma pejalan kaki.
Peristiwa itu menjadi misteri kepada seisi asrama.
"Tu la korang. Tengah malam pasang lagu dangdut. Punya la
terkinja-kinja aku tengok Cikgu Lich joget semalam. Kan Allah bagi direct
terus", kata Rubick kepada rakan perempuan mereka.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Io mati kemalangan ketika pulang ke kampung halaman. Tak sempat menduduk
SPM.
"Io, siapa Io? Sekolah kita ada budak nama Io ke?", kata Jakiro.
"Budak tu meninggal pun, ada siapa kisah ke? Parent dia je la
kut", kata Rubick.
"Hmm.. Meninggal budak tu.. Hmm.. At least tak ada la orang kacau aku
cuci mata lagi lepas ni. Dah la Enchantress dalam kelas dia tu nenen
besar", kata Cikgu Lich.
No comments:
Post a Comment